Sunday, August 9, 2015

Jenis Bekam dan Cara Penggunaan

Bekam Basah (Wet Cupping)
Iaitu metode pengeluaran darah kotor (blood letting) dengan cara disayat dengan pisau bedah atau jarum steril pada bahagian yang dibekam.
Cara Melakukan Bekam Basah :
Pilih titik bekam berdasarkan kedudukan penyakit.
Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit dan postur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tahap rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya semakin baik.
Bersihkan bahagian kulit yang akan dibekam.
Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau hingga piston tidak dapat ditarik lagi.
Biarkan selama 3-5 minit.
Lepas gelas bekam dan sayat bahagian bekas bekam dengan pisau bedah atau jarum steril.
Bekam lagi tempat yang disayat tadi.
Tunggu selama lebih kurang 3 minit hingga darah keluar dan berkumpul pada gelas bekam.
Lepas gelas bekam dan buang darah kotor yang keluar, bersihkan gelas bekam dan basuh/lap.
Bekam lagi sebanyak 3-5 kali, atau hingga keluar cecair putih dari kulit.
Sapu bekas sayatan dan bekam dengan minyak habbatus saudah.
Bekam Kering (Dry Cupping)
Iaitu metode bekam yang tidak mengeluarkan darah dari tubuh.
Cara Melakukan Bekam Kering :
Pilih titik bekam berdasarkan kedudukan penyakit.
Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit pada pesakit dan postur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tahap rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya semakin baik.
Urut bahagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak Habatus Saudah selama lebih kurang 5 minit.
Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau hingga piston tidak dapat ditarik lagi.
Biarkan selama 10 minit (bagi lelaki), 7 minit (bagi wanita) atau 3 minit (bagi kanak-kanak).
Lepas gelas bekam dan urut semula dengan minyak zaitun atau minyakhabatus saudah selama 2-3 minit untuk menghilangkan bintik-bintik hitam atau blister.
Lakukan selama 7 hari bagi orang dewasa dan 5 hari bagi anak-anak, kemudian diselangi jarak masa selama 3 hari, lalu dilanjutkan lagi pembekaman.
Bekam Seluncur (Sliding Cupping)
Iaitu metode bekam yang mana gelas bekam diseluncurkan di atas permukaan kulit yang rata (tidak tebal ototnya). Metode ini serupa dengan Guasha (cina), scrapping (inggeris) atau kerokan (jawa), namun lebih selesa kerana tidak merosakkan kulit.
Cara Melakukan Bekam Seluncur :
Pilih titik bekam sebagai awalan seluncur, biasanya bahagian atas bahu.
Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit dan postur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tahap rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya semakin baik.
Urut bahagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak Habatus Saudah selama lebih kurang 5 minit. Sapukan minyak agak banyak sebagai pelumas.
Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan kemudian gerakkan/seluncurkan perlahan-lahan sampai tampak bruise (memar) kemerahan.
Lepas gelas bekam dan urut semula dengan minyak zaitun atau minyak Habatus Saudah selama 2-3 minit.
Bekam Cepat (Flash Cupping) atau Bekam Tarik
Iaitu metode bekam dengan cara tarik lepas – tarik lepas secara cepat pada bahagian kulit yang sukar dibekam, atau apabila dibekam gelas akan jatuh. Area ini biasanya di sekitar muka dan dahi.

Cara Melakukan Bekam Cepat :
Pilih titik bekam pada dahi atau bahagian yang dikehendaki.
Pilih gelas bekam (cup) yang sesuai dengan lebar dahi (tidak terlalu besar).
Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki secukupnya kemudian lepas.
Lakukan secara berulang-ulang hingga kulit berwarna kemerahan.

Diagnosis Penyakit Dengan Bekam
Diagnosa bekam/cupping dapat dilihat dari warna pigmen kulit setelah pembekaman. Di dalam buku “Canon of Internal Medicine” dikatakan, “Kondisi organ internal (organ dalam) dapat diketahui dengan cara mengobservasi (mengamati) gejala-gejala eksternal dan tanda-tanda fizik, sehingga penyakit dapat diagnosa.”
Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah sebagai berikut :
Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam, pada kebiasaanya hal ini menandakan (kekurangan) saluran pembekal darah dan saluran (pembuluh) darah yang tidak lancar yang disertai dan terdapatnya darah beku.
Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai plaque (berbintik-bintik), pada kebiasanya ia menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku.
Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan warna yang berbeza (gelap/pekat dan ada yang ungu muda). Hal ini menandakan kelainan “Qi” dan darah beku.
Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya menunjukkan terjadinya defisiensi “Yin”, defisiensi “Qi” dan darah atau rasa panas yang dahsyat yang diinduksi oleh defisiensi “Yin”.
Bekas bekam yang muncul berwerna merah gelap, menandakan kondisi lemak di dalam darah yang tinggi disertai dengan adanya panas patogen.
Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh, menandakan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya gas patogen.
Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, ia menandakan kondisi adanya wind (lembab) patogen dan gangguan gas patogen.
Munculnya wap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, menandakan kondisi adanya gas-gas patogen pada kawasan tersebut.
Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam, menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.
Beberapa perkara yang perlu diperhatikan di dalam berbekam
Pastikan gelas bekam sudah disteril dan higinis sehingga sedia untuk berbekam (terutama bekam basah).
Untuk pesakit yang belum pernah dibekam sebelum ini, pilih gelas bekam dari yang terkecil kepada yang lebih besar supaya tidak terlalu sakit.
Posisi bekam dapat dilakukan dengan duduk atau berbaring meniarap. Posisi duduk lebih baik untuk peredaran darah, namun bagi pesakit yang lemah disarankan dengan posisi berbaring.
Segera hentikan bekam apabila berasa sakit.
Setelah bekam rehatlah dengan cukup. Sebahagian pesakit segera merasa segar badannya setelah berbekam pada bahagian punggung dan lutut, sehingga ia tidak mahu berehat sebagaimana saran, ia boleh menyebabkan penyakit datang kembali.
Sesetengah orang merasa suhu badannya naik setelah 1-2 hari berbekam, perkara ini adalah normal dan akan segera hilang kemudian.
Pesakit yang mengalami penyakit berjangkit atau infeksi agar diberikan perhatian lebih. Bagi yang mengalami penyakit berjangkit, gelas bekamnya mesti diasingkan(single use).
Pesakit yang mengalami tekanan darah rendah mesti diperlakukan dengan berhati-hati. Tahap kesedarannya selalu dikawal agar tidak pengsan. Elakkan membekam pada bahagian punggung bawah yang sejajar dengan pusat ke bawah, ini kerana ia boleh menurunkan tekanan darah dengan cepat.
Permukaan kulit yang timbul blister kecil, berbintik-bintik, darah kotor dan darah beku adalah reaksi normal setelah berbekam. Apabila blister yang timbul banyak dan besar (seperti luka terbakar), ia boleh dipecahkan dengan cara menusukkan jarum steril kering hingga keluar cecairnya (cairan limfoid). Lebih disarankan apabila bekas bekam yang berblister ini disapu dengan minyak zaitun atau Habatus saudah.
Pesakit yang mengalami mental stres, ketakutan, mual dan gejala mental lain, hendaklah menghentikan pembekaman dan rehat sambil berbaring, tenang dan minum dengan minuman manis (lebih baik madu).
Larangan-Larangan Bekam
Tidak digalakkan melakukan bekam basah pada pengidap diabetes kecuali oleh juru bekam yang pakar dan berpengalaman.
Jangan bekam orang yang fizikalnya sangat lemah atau lelah (overfatigue).
Jangan bekam orang yang menderita penyakit kulit merata atau mengalam alergi kulit yang teruk seperti ulserasi dan edema.
Jangan bekam orang yang lemah fisikalnya dan kanak-kanak yang tubuhnya lemah atau di bawah 3 tahun.
Pesakit leukimia (kanser darah) tidak digalakkan untuk dibekam basah.
Pengidap hepatitis yang teruk, TBC aktif, hemofilia, malignant anemia, trombositopenia dan penyakit lain yang kritikal tidak digalakkan bekam kecuali oleh juru bekam yang pakar dan berpengalaman.
Jangan memberkam pada : Perut yang kenyang, kehausan, kelaparan, kepenatan, lepas kerja berat, badan lemah dan badan demam (kedinginan).
Jangan bekam wanita hamil pada usia kehamilan 3 bulan pertama (trimester awal).
Jangan bekam pada bahagian yang luka, urat sendi koyak, patah tulang, varises, tumor.
Jangan bekam wanita yang sedang haid dan nifas.
Jangan berkam kawasan perut terlalu keras
Jangan terus berbekam selepas makan, pembekaman dapat dilakukan dua jam selepas makan. Selepas bekam juga jangan terus makan, melainkan hanya minum yang manis-manis seperti madu dan lain-lain.
Tidak digalakkan melakukan pembekaman pada pengidap sakit jantung, kecuali di bawah pengawasan doktor atau pakar bekam yang berpengalaman.
Jangan terus berbekam selepas mandi, terutama setelah mandi dengan air sejuk. Tidak digalakkanterus mandi setelah berbekam, melainkan setelah 2 jam. Digalakkan mandi dengan air panas/suam.
Jangan bekam basah bagi orang yang baru menderma darah atau selepas kemalangan sehingga darahnya berkurang.
Jangan bekam pesakit diabetes (gula darah di atas 280) kecuali oleh orang yang pakar.
Jangan membekam di kawasan terbuka atau tempat yang sejuk. Elok melakukan bekam di tempat yang hangat atau bersuhu biasa.
Dilarang bekam kawasan berikut :
  1. Lubang alamiah tubuh : mata, hidung, telinga, mulut, kemaluan, anus, puting susu.
  2.  
  3. Kawasan sistem nodus limfa yang berfungsi sebagai penghasil antibodi, iaitu di submaksilari, korvikal, sudmalaonkula, aksilari, bahagian denyutan jantung, nodus inguinalglimfa.
  4.  
  5. Kawasan yang dekat dengan pembuluh besar (big vessels).
 
Source:
 

No comments:

Post a Comment