Sunday, August 9, 2015

Bekam untuk Atasi Senggugut

Anda mungkin pernah mengalami senggugut semasa haid dan ia membuatkan anda betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku, anda mungkin hanya ingin berehat di rumah dan tidak mahu pergi ke sekolah atau ke tempat kerja.

Apa Itu Senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali haid. Bagi sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa Yang Menyebabkan Senggugut?

Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya haid yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Senggugut mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder

Sekiranya anda mengalami senggugut sejak pertama kali haid, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi anda tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan :

* Kekejangan. Bahagian bawah perut mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal
* Sakit kepala yang berdenyut-denyut
* Muntah atau mual/loya
* Sakit kaki dan bahagian belakang badan
* Pergerakan usus yang tidak sekata
* Pitam

Bolehkah Senggugut Dicegah?

Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan :

# Perbaiki diet. Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli

# Kurangkan garam

# Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh dan kopi beberapa hari sebelum haid

# Ambil vitamin tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Boleh juga menambah magnesium dan kalsium dalam diet. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

# Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan senggugut

# Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa haid. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea

# Berhenti merokok

# Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem komedi. Bergelak-ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

# BEKAM......... bekam dapat mengatasi senggugut dengan cara membuang/ mengeluarkan darah kotor yang dah lama terkumpul dalam badan tu...Bagi melancarkkan semula pengeluaran darah haid setiap bulan, anda disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.Titik bekam bagi masalah senggugut ialah di kawasan tengkuk,pinggang dan pinggul serta di kawasan bawah pusat,insyaAllah kitaran haid anda lancar dan tidak lagi sakit ketika waktu period.

         Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Source:
http://iluvbekam.blogspot.sg/2012/12/jom-bekam-untuk-atasi-senggugut-anda.html?m=1

No comments:

Post a Comment