Showing posts with label Ad-Diin. Show all posts
Showing posts with label Ad-Diin. Show all posts

Friday, February 17, 2017

*Permudahkan dan Jangan Marah*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Permudahkan dan Jangan Marah*
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
_*Dari Ibnu 'Abbas dari Nabi SAW, bersabda: Ajarilah (orang lain) dan mudahkanlah serta jangan mempersulit, jika salah seorang diantara kalian marah maka hendaklah dia diam.*_ (HR Ahmad No: 2029)  Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.  Dalam kita mengajar dan mendidik orang lain, perlu menggunakan cara yang mudah untuk mereka fahami sesuai dengan tahap umur dan latar belakang pendidikan seseorang.
2.  Mendidik dan membimbing yang berkesan perlu dengan lemah lembut dan sifat penyayang.
3.  Bersabar dengan karenah orang yang dididik dan yang diajar.
4.  Jauhi sifat marah kepada orang lain. Jika timbul sifat marah dalam diri, perbanyak bersabar dan DIAM itu lebih baik.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
16hb Februari  2017
19hb Jamadil Awal 1438H

Wednesday, November 30, 2016

Apple Pie

sy pakai 3 recipe ni
Tp dok follow semua..adjust2 skit..tamboh manis sgt
Yg crumple atas apple pie sy follow caramel apple pie recipe.
Yg crust tu sy follow btul2..blh dpt 3 crust
Yg caramel sy follow btul2
Cuma crumple tu sy dh tk letak gula..psal tambah caramel dlm 2 sudu besar..drizzle atas dia..so dh manis
Pakai pan size yg mcm sy pakai kat rmah mok..klu kecik dari tu apple pie jadi tebal..tak rangup n lmbat masak
Size tu just nice
Use 250g buttercup 2 pack.
1 pack divide 3.
2 cut use in crust.
1 cut use in caramel.
1 cut use in crumble x 3 coz we hv 3 crust
Apple x 4 or 5

Friday, June 10, 2016

Puasa itu adalah perisai


Daripada Abu Hurairah RA katanya:
"Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10  yang seumpamanya"  (Diriwayatkan Bukhari)

Wednesday, May 11, 2016

Allah Maha Mengetahui Apa Yang Terkandung Di Dalam Hati Setiap Manusia & Allah Maha Pengampun Bagi HambaNya Yang Bertaubat

Tazkirah Subuh:
*Allah Maha Mengetahui Apa Yang Terkandung Di Dalam Hati Setiap Manusia & Allah Maha Pengampun Bagi HambaNya Yang Bertaubat*
رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ إِن تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا
Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
(Al-Isra:25)

Saturday, April 30, 2016

Doa Ilmu Bermanfaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Drpd 'Anas r.a berkata: bahwa Rasulullah saw bersabda

بسم الله الرحمن الرحيم
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" من قال إذا خرج من بيته :" بسم الله توكلت على الله..ولاحول ولا قوة إلا بالله، يقال له: "حسبك هديت و كفيت و وقيت! وتنحى عنه الشيطان، فيقول لشيطان آخر: كيف لك برجل قد هدى و كفى ووقى"
"Drpd 'Anas r.a berkata: bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Siapa yang mengucapkan apabila keluar daripada rumahnya : "Bismillahi tawakkaltu 'alaallahi wa laa haw la walaa quwwata illa billahi", pasti dikatakan kepadanya :"cukuplah padamu, kamu diberi petunjuk dan kamu telah dicukupi dan kamu dijaga. Maka syaitan takut (menjauhkan dirinya) , kemudian berkata kepada temannya (iblis):" Apa dayamu dan apa usahamu terhadap seseorang yang telah diberi petunjuk, kecukupan dan dijaga."
(HR. Abu Daud, An Nasai

Sunday, April 3, 2016

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0460

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير
               
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا اتِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0460.
Abu Hurairah r.a. menceritakan, bahawa orang-orang fakir datang kepada Nabi S.A.W mengatakan: Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi serta kebahagiaan yang mantap. Mereka solat seperti kami, dan berpuasa seperti kami. Namun mereka mempunyai kelebihan dari kami, kerana mereka dapat pergi haji dengan harta mereka. Mereka juga dapat umrah, berperang dan bersedekah." Jawab Nabi, "Tidakkah lebih baik ku ceritakan kepada mu suatu hal yang jika kamu kerjakan, nescaya kamu akan dapat mengejar orang yang dahulu, dan tidak akan boleh dikejar oleh orang yang di belakangmu. Kamu akan menjadi orang yang paling baik di antara kawan-kawannya, kecuali jika mereka mengerjakan pula apa yang kamu kerjakan. Iaitu: Tasbih (membaca Subhanallah), Tahmid (membaca Allamdulillah), dan Takbir (membaca Allaahu Akbar), setiap selesai solat sebanyak 33 kali. Kami berbeza pendapat. Ada yang mengatakan, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Aku bertanya kembali kepada Nabi S.A.W, dan beliau menjawab, "Baca Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar. Masing-masing 33 kali."

Allah Maha Pemurah Dengan Memberikan Pelbagai Nikmat Dan Kemudahan Kepada Manusia Di bumi Supaya Mereka Mengingati Nikmat Pemberian Allah Itu

Tazkirah Subuh:
(Allah Maha Pemurah Dengan Memberikan Pelbagai Nikmat Dan Kemudahan Kepada Manusia Di bumi Supaya Mereka Mengingati Nikmat Pemberian Allah Itu)
وَمَا ذَرَأَ لَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ
Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.
[An-Nahl:13]

Sesungguhnya Kamu Tidak Dapat Menghitung Nikmat Yang Allah Berikan Kepada Kamu

Tazkirah Subuh:
(Sesungguhnya Kamu Tidak Dapat Menghitung Nikmat Yang Allah Berikan Kepada Kamu)
وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nahl:18)

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1753

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير
               
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا اتِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1753.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Siapa yang ada di tangannya kepunyaan saudaranya, diperolehnya dengan jalan tidak halal, hendaklah diadakannya penyelesaian, kerana di situ (di akhirat) nanti tidak ada dinar dan dirham (untuk membayar). Jangan sampai nanti diambil kebaikannya untuk diberikan kepada saudaranya. Setelah habis kebaikannya, diambil dosa saudaranya lalu ditimpakan kepadanya."

Wednesday, March 30, 2016

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1171

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير
               
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا اتِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1171.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Siapa yang merosak nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil,sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya."

Tidak Akan Sesat Manusia Itu Dengan Kuasa Iblis, Melainkan Mereka Itu Sesat Dengan Kemahuan Mereka Sendiri

Tazkirah Subuh:
(Tidak Akan Sesat Manusia Itu Dengan Kuasa Iblis, Melainkan Mereka Itu Sesat Dengan Kemahuan Mereka Sendiri)
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
(Al-Hijr:42)

Wednesday, March 23, 2016

Kembalilah Dan Taatlah Kepada Allah Sebelum Terlambat

Tazkirah Subuh:
(Kembalilah Dan Taatlah Kepada Allah Sebelum Terlambat)
وَأَنذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٍ
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
(Ibrahim:44)

Wednesday, October 28, 2015

Lirik Nasyid Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran
Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela