Wednesday, March 15, 2017

PETUA HILANGKAN STRESS DARI AL-FATIHAH

TADABBUR 1 HARI 1 AYAT
PETUA HILANGKAN STRESS DARI AL-FATIHAH
Tadi semasa solat isyak, kita baca Surah Fatihah. 17 kali kita ulang setiap hari. Tuhan suruh kita ulanginya berkali-kali bukan setakat nak puji Tuhan, tapi manfaatnya untuk kita juga.
Remind diri sendiri agar hidup lebih bahagia, lebih yakin & lebih positif.
Orang yg benar-benar mem'Fatihah'kan dirinya, dia hidup dengan penuh keyakinan, penuh kekuatan. Dia tak sempat nak runsing atau risau pun sebab 17 kali dia ucapkan kata positif kpd diri, kata berupa,
- I feel STRONG, sebab dapat rasai bahawa Tuhan sentiasa 'di sisi', bersedia membantu. (Ayat 1)
- I feel BLESSED, sebab dapat rasai bahawa Tuhan always bagi surprise & nikmat besar dalam hidup, (ayat 2)
- I feel SECURED sebab tahu hidup ini, ada Tuhan yg mengambil berat & menyayangi, (ayat 3)
- I feel CONFIDENT sebab tahu, Tuhan tempat saya bergantung amat berkuasa. Dia boleh tunaikan apa yang tidak mampu saya lakukan. (ayat 4)
- I feel HUMBLE & APPRECIATED sebab sedar, saya ini hambaNya, Dia 'Tuan' & Tuhan saya. Dia bersedia membantu saya walaupun saya ini 'nothing', makhluk penuh khilaf. (ayat 5)
- I feel SUPPORTED sebab Tuhan always nak kurniakan saya hidayahNya. Minta sahaja padaNya, Dia bersedia menuntun saya. (ayat 6)
- I feel GUIDED sebab Tuhan already tunjukkan saya the right lifestyle. Just copy & paste gaya hidup Rasul & org yg Dia sayangi, pasti bahagialah kehidupan tak kira ribut, tak kira hujan. Jika salah pilih lifestyle (ikuti maghdub & dhollin), sempit & sukarlah kehidupan walaupun kekayaan, pangkat & kuasa di tangan. (ayat 7)
Sebab, ketenangan dan kebahagiaan itu, tempatnya di hati bukan di tangan.
Sebab, hati ini 'controller'nya bukan pada kita, tapi pada Tuhan.
Sebab itu kita berdoa, 'Ya muqallibal qulub, sabbit quluubana ala diinik wa ala too'atik'
~ wahai Tuhan pembolak-balik hati, kuatkan hati hambaMu ini dalam agamaMu, dlm yakin & suka utk mentaatiMu,
Allahumma Amiiin.

No comments:

Post a Comment