JEMPUT REZEKI.
Apabila kita berniaga secara berjemaah -- konsep nya seperti kat tempat tuh, bukan produk kau seorang sahaja yang ada, gerai lain pun menjual produk yang sama dengan kau.
Ketika ini -- kita akan sering di landa sindrom --- "alamak! Orang tu pun jual produk yang sama dengan aku".
Perasaan was-was dan takut ini biasa.
Semua mengalaminya, termasuk saya ketika membantu di kiosk begejon semalam.
Semua mengalaminya, termasuk saya ketika membantu di kiosk begejon semalam.
Mana tak nya --- buka je kiosk, terus masak roti john -- sampai 5-6 bungkus.
Pelanggan masih tak datang.
Pelanggan masih tak datang.
Kebetulan gerai sebelah jual air cendol --- pelanggan tidak putus datang dari gerai di buka.
Kau rasa --- syaitan tidak menyinggah kat hati dan bisik --- "habislah kau reni, 5-6 bungkus dah masak, pelanggan tak datang-datang lagi"
Namun, di sini lah sebenar-benar nya menguji kebergantungan kita hanya pada Allah atau pada manusia?
Kau takut pelanggan tidak datang? Walhal, menggerakkan hati manusia untuk singgah adalah Allah.
Kau takut pelanggan tidak beli? Walhal, kalau Allah mahu, kun fayakun, sekejapan, semua stok dan roti kau boleh habis licin dalam masa 1 jam.
Ketika ini lah, skill pujuk hati harus di gunapakai ----
Tips JEMPUT REZEKI PERTAMA ---
1) Banyakkan beristighfar. Zikir dalam hati. Cukup untuk buat hati kau tenang. Bahasawanya, tiada daya upaya kita ini, melainkan dengan pertolongan Allah jua.
Ucap dalam hati berulang kali "LA HAWLA WALA KUWATAH ILLAH BILLAH HIL ALIEL AZIM"
In shaa Allah, bantuan dan pertolongan Allah akan tiba. Ini kena yakin seyakin-yakin nya.
Dan Tanpa kau sempat nak fikir lagi tentang roti dah masak 5-6 tadi, tup-tup pelanggan pertama datang, pelanggan kedua datang sehingga habis kesemua roti-roti yang dah di masak tadi.
Tips JEMPUT REZEKI KEDUA
2) Ikut SOP ALLAH bagi.
Allah kata -- ini SOP AKU. Setiap hari rutin kau adalah solat 5 waktu. Maka, hendak memenangi hati Pemberi Rezeki, follow lah SOP ini serapat-rapat nya.
Tips JEMPUT REZEKI KETIGA
3) Sedekah walaupun sebungkus roti john.
Ini antara formula yang WIN -- Kau nak jual banyak, kau bagi dulu.
Agak-agak jualan belum ada lagi, cari idea bagaimana hendak MEMBERI dahulu.
Semalam di takdirkan oleh Allah --- ada seorang pakcik yang mohon bantuan / sedekah yang singgah di Kiosk Begejon Wangsa Melawati.
Saya nampak --- usahawan Kiosk Begejon itu, memberi duit kepada pakcik tersebut.
Baru beberapa langkah pakcik itu beredar, saya nampak beliau panggil semula pakcik itu dan diberikan roti john cheese kepada nya.
Selepas dari itu, impaknya --- kena bakar roti john tanpa henti apabila pelanggan datang berganti-ganti.
Tips JEMPUT REZEKI KEEMPAT
4) Senyum lah walau pun kepenatan yang amat.
Kerana senyum itu juga membawa berkat dan rahmat ke dalam perniagaan kita.
Sebab itu, di dalam SOP bisnes retail --- bisnes yang kau kena hadap pelanggan hari-hari --- ada di masukkan SOP --
+ Senyum kepada pelanggan
+ Sapa pelanggan dengan senyum
+ Tanya dengan lemah lembut dan beradab
+ Sapa pelanggan dengan senyum
+ Tanya dengan lemah lembut dan beradab
Ini kerana -- perkara yang baik-baik yang kita lakukan --- ada kaitannya dengan rezeki.
Kesimpulan yang harus kau rungkaikan ---
Rezeki di bumi Allah ini sangat luas.
Hari ini rezeki banyak ini --- syukur.
Esok lebih luar biasa ---- syukur.
Tulat tiada pembeli --- syukur.
Hari ini rezeki banyak ini --- syukur.
Esok lebih luar biasa ---- syukur.
Tulat tiada pembeli --- syukur.
Allah kan dah janji --- kau syukur, AKU tambah lagi.
No comments:
Post a Comment