Tuesday, February 2, 2016

PENYEWA RUMAH TAK BERBAYAR

PENYEWA RUMAH TAK BERBAYAR
(Tanyalah Ustaz 28 Januari 2016)
Oleh Ustaz Suhaimi
πŸ‘‰ Tempat yang suka didiami oleh JIN:-
1. TANDAS- adalah istana jin (jin jantan dan betina). Ramai yang kena "stroke" akibat jatuh di tandas. Sebab itu kita kena baca doa sebelum masuk tandas dan masuk dengan kaki kiri. Paling kurang bacalah bismillah sebelum masuk tandas supaya dapat perlindungan Allah.
2. BILIK-BILIK YANG TAK DIDIAMI- contoh, anak pergi asrama dan bilik anak tu tiada sesiapa tinggal. Selalulah solat sunat dalam bilik-bilik itu dan tampalkan surah Al-Jinn ayat 1-10 dalam bilik tersebut; dan
3. Tempat-tempat yang ada perhiasan seperti emas.
πŸ‘‰ Lagi tinggi rumah kita lagi banyak aras jin yang menyewa.. ustaz tak kongsi bab ini sebab takut bila kita naik setiap aras rumah, kita akan terpikir pasal jenis-jenis jin ni.
πŸ‘‰ Jika kita tinggalkan rumah dalam tempoh lebih dari  tujuh (7) hari, makhluk halus akan pindah masuk. Jadi bila balik bagi salam dan  jangan terus lompat atas apa-apa khasnya katil anda, kena kibas-kibas dulu. Badan kita juga boleh rasa kalau ada gangguan di rumah seperti bulu roma meremang dan debaran jantung meningkat...
πŸ‘‰ Bila rumah ada gangguan, akan ada gangguan dalam sistem tidur kita yang mana akan membawa kepada:-
Gangguan dalam sistem di kepala (selalu pening) kemudian gangguan sistem emosi,
gangguan sakit tulang belakang, gangguan dalam sistem semua sendi-sendi. Ini semua akan beri gangguan keseluruhan dalam hidup kita.
πŸ‘‰ Kita disarankan selalu berwudhu, sebab secara tak langsung bila berwudhu kita akan gosok-gosokkan anggota kita seperti tangan, kaki,  kepala yang akan buat sistem pengaliran darah lancar ke bahagian-bahagian tersebut..manakala berkumur dan bersihkan hidung pula boleh elakkan dari gangguan-gangguan masuk ke bahagian-bahagian tubuh badan kita.
πŸ‘‰ Jangan pakai pakaian yang sudah kotor, dari kepala ke kaki termasuk tudung, anak tudung, baju dalam, baju, seluar (khasnya seluar "jeans" yang orang kerap pakai berkali-kali), setokin dan sebagainya. Selalunya dalam 4 jam keluar rumah, kita pasti sudah berpeluh..baju yang kita pakai dah dianggap kotor.
πŸ‘‰ Sebelum keluar rumah- baca bismillah 21 kali,  Al-Fatihah, ayat Qursi (selagi baca tersangkut-sangkut, jangan keluar).. tapi jika tak sempat paling sikit bacalah bismillah 7 kali.
πŸ‘‰ Sekurang-kurangnya sebulan sekali baca sendiri surah Al Baqarah di rumah. Jangan baca sesuatu ayat sehingga 24jam, kadang-kadang badan tak boleh terima rasa kepanasan..ini umpama kita makan ubat terlebih dos.
πŸ‘‰ Bila tidur jangan pasang ayat-ayat Al Quran sehingga tertidur kerana akan mengganggu gelombang badan utk tidur...cukup praktikkan apa yg Rasulullah sarankan.. bila tidur umpama mati kecil jadi tinggalkan semuanya..
πŸ‘‰ Untuk terapi diri, di rumah setiap orang patut ada baju yang khas untuk solat, sejadah sendiri untuk solat dan Al Quran sendiri untuk dibaca..
✨ Antara ilmu yg disampaikan oleh ustaz utk dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment