Amalan-amalan yang diberikan oleh Habib Kadzim AsSaggaf.
1. Habib Kadzim juga berpesan supaya selawat 20x snebelum tidur. Allah SWT akan memberi rahmat pada orang yang berselawat pada hari itu dan hari esoknya.
2. Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3x dan Ayat Kursi semasa memasuki rumah.
3. Mengamalkan zikir "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar" (x100 sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari).
4. Sesiapa yang membaca Lailahaillah, Allah akan mencabut perkara yang gelap didalam hatinya dan perkara tersebut tidak akan memasuki hatinya semula.
5. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 100x pagi dan petang.
6. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 10x selepas solat dan 100 x setiap pagi dan malam. Habib menceritakan seorang ulama mengamalkan pembacaan Surah Al-Ikhlas dan Allah memberikan lebih banyak ilmu kepada ulama tersebut.
7. Mengamalkan doa sebelum dan selepas makan, doa bangun tidur, wirid pagi dan petang, dan solat witir. Ia adalah sunnah yang simple tetapi penuh barokah.
8. Sentiasa bercakap dengan perkara yang mendapat keredhaan Allah SWT.
9. Membaca Subhana rabbiyal a’ala wabihamdih (bacaan sujud -11x) semasa solat sunat tahajjud. Seseorang haruslah merasa dirinya hampir dengan Allah SWT semasa sujud.
10. Mmperbanyakkan zikir Subhanallah wabihamdi, Subhanallahi adzhim.
11. Dengan berzikir, Kota Constantinople ditawan. Imam AlHaddad berzikir dan dinding biliknya runtuh disebabkan kekuatan zikir tersebut,
12. Adab2 berzikir .
a. Menghadap kiblat.
b. Berada didalam keadaan bersuci dan berwudhuk.
c. Anggota badan perlu berada didalam keadaan yang tenang.
a. Menghadap kiblat.
b. Berada didalam keadaan bersuci dan berwudhuk.
c. Anggota badan perlu berada didalam keadaan yang tenang.
13. Habib juga mengajarkan cara berzikir dengan dengan konsentrasi iaitu dengan membayangkan huruf huruf zikir dan dengan hati yang penuh tawajjuh.
14. Diceritakan Habib Kadzim: Orang yang melakukan amalan zahir tanpa zikir adalah seperti orang yang membawa kereta. Orang yang melakukan amalan batin adalah seperti orang yang memandu jet. Tetapi jika seseorang yang melakukan amalan batin DAN mengikat dirinya dengan masyaikh atau syeikh, maka perjalanan orang itu adalah lebih cepat dari jet dalam menuju Allah SWT.
15. Orang yang bergantung kepada amalan zikir akan berasa penat sebab perjalanannya panjang, Tetapi orang yang melakukan amalan batin tidak akan terasa penat kerana perjalanannya singkat. Habib mengibaratkan orang yang melakukan amalan zahir seperti orang yang menaiki tangga dan orang yang melakukan amalan batin adalah seperti menaiki lif.
Sedikit sebanyak yang saya dapat sepanjang mengikuti majlis Habib Kadzim AsSeggaf. Mohon betulkan jika saya tersilap. Wallahualam.
Sedikit sebanyak yang saya dapat sepanjang mengikuti majlis Habib Kadzim AsSeggaf. Mohon betulkan jika saya tersilap. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment