Sunday, February 21, 2016

Sehelai Rambutmu Lebih Mulia Dari Jubah Ulama

💞  Sehelai Rambutmu Lebih Mulia Dari Jubah Ulama
Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin mengadu.
“Ustadz, saya adalah seorang ibu rumah tangga yang sudah lama ditinggal mati suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk menghidupi anak-anak saya, saya merajut benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan menyambi sebagai buruh kasar di sela waktu yang ada.
Karena saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan merajut itu saya lakukan apabila sedang terang bulan.”
Imam Ahmad rahimahullah menyimak dengan serius penuturan ibu tadi. Perasaannya miris mendengar ceritanya yang memprihatinkan.
Dia adalah seorang ulama besar yang kaya raya dan dermawan. Sebenarnya hatinya telah tergerak untuk memberi sedekah kepada wanita itu, namun ia urungkan dahulu karena wanita itu melanjutkan pengaduannya.
“Pada suatu hari, ada rombongan pejabat negara berkemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlahnya amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa sepengetahuan mereka, saya segera merajut benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.
Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?
Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu?
Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan uang negara, dan tentu saja itu tidak lain adalah uang rakyat.”
Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang bobrok akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi.
Padahal jelas, wanita ini begitu miskin dan papa.
Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”
Dengan suara serak karena penderitaannya yang berkepanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”
Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.  Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gubernur yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jabatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sampai-sampai adik kandungnya pun hidup dalam keadaan miskin.
Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata,
“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk memupuk kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menggerogoti uang negara dan menipu serta membebani rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, ibu. Sungguh, sehelai rambutmu yang terurai dari sela-sela jilbabmu jauh lebih mulia dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.
Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil rajutan itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan keuangan negara…”
Kemudian Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silahkan engkau meminta apa saja dariku, bahkan sebagian besar hartaku, niscaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”.
Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Shiddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ
“Tidak akan masuk ke dalam surga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”
(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Rasanya setiap orang tahu "setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati". Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?
Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.
Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ
Maksudnya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)
Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3)
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)
Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)
Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.
Cara Pengamalan
Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)
Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.
Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.
Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.
Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.
Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.
Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat di menafaatkan. Amin.
Selamat beramal
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين،
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
والله أعلم بالصواب
Sekian, selamat beramal...

Friday, February 19, 2016

Tazkirah untuk diri...

Salam sejahtera.
..
Tazkirah untuk diri...
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 😊
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
..[\].. sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W 💖 ....

7 KALIMAH PENGHAPUS DOSA

7 KALIMAH PENGHAPUS DOSA
......................
Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebesar lautan:
①. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak   .. melakukan sesuatu.
②. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai   .. melakukan sesuatu.
③. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. ..
④. Mengucap Insya Allah jika  ... merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
⑤. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika  .. menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
⑥. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika .. menghadapi dan menerima musibah.
⑦. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad  Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.  ..
″Semoga allah melapangkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang    .. mengucapkan ″
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia    .. mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat  .. pahalanya sampai hari kiamat... aamiiin

Dr Zakir Naik Fan Club Officialmesej yg indah

Dr Zakir Naik Fan Club Official
mesej yg indah
yg membuatkan sy malu dgn diri sendiri
▪Anda perna terfikir macam mn klau kita guna Al-Quran.. seperti menggunakan phone ?
▪mcm mana klau kita boleh bawa Al Quran ke mana shj kita pergi .. dlm beg dan dlm poket ?
▪mcm mn kalau kita perhatikan helaian Al-quran beberapa kali sehari..?
▪mcm mana kalau kita balik untuk mengambilnya kalau terlupa ?
▪mcm mn kalau kita buat mcm kita tak blh hidup tanpanya?
-sememangnya kita tak blh hdup tnpanya.. !
▪macammana kalau kita bg AlQuran kat anak2 sbg hadiah ?
▪mcm mn kalau kita baca msa mengembara..??
▪mcm mana kalau kita jdkan Alquran satu prioriti setiap hari .dengan logo
" Quran ialah kawan baik sy"
▪hanya 7% akan send mesej ini
▪jadilah diantara mereka &hantar ke seramai org yg mungkin.....
▪jngn jadi diantara 93% yg takkan kongsi mesej ni
▪fikir.. walaupun skali ... di masa hari pengadilan.. kita akan sedar kita buka mesej stiap hari dari kawan2....
▪kita kongsi/forward lawak dan gosip ...
▪tapi berapa kali kita buka Quran..  dan baca mesej dari Allah subhaana wa ta'ala ?
▪kongsikan bersama kawan dan keluarga...!!
❇terbukti secara saintifik :
..mendengar al quran mengurangkan sel kanser bahkan memusnahkan sel kanser
..menguatkan daya ingatan dan mencegah strok
..membuang caj positif dlm badan 
- di dlm dunia.. dimana semuanya menggunakan elektrik dan mmberi kesan negative trhadap kita . pelajari kepentingan ini .
syaitan.. berkata :
"macam mna manusia berkata yg mereka cintakan Allah dan mengingkari suruhanNya,dan berkata merreka membenci ak.. padahal mereka mengikuti suruhanku"
▪hanya 60 saat untk kegunaan org yg disayangi . hantar sbg peringatan
tlg..
jngn hantar nanti ..
hantar sekarang

Saturday, February 13, 2016

KITA TAHU TAPI...

KITA TAHU TAPI...
Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah pernah mengisahkan, seorang anak perempuan meninggal kerana taun, kemudian ayahnya melihatnya di dlm mimpi, maka ayahnya berkata kpdnya, "Wahai anakku kabarkan kpdku tentang akhirat!"
Anak perempuan itu menjawab, "Kami telah melewati perkara yg sangat besar, dan sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkannya. Demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih atau satu rakaat solat yg tertulis dlm lembaran amalku lebih aku sukai drp dunia dan seluruh isinya.."
Berkata Ibnul Qayyim, "Anak perempuan itu telah mengatakan perkataan yg dlm maknanya (sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkan), akan tetapi banyak di antara kita yg tidak memahami maknanya.."
"Kita mengetahui, bahwa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dlm sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari yg kita lalui tanpa mengucapkannya sedikit pun."
"Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dgn pahala 360 sedekah. Akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukannya."
"Kita mengetahui, bahawa orang yg berpuasa sunnah kerana Allah satu hari sahaja, akan dijauhkan wajahnya drp api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tapi sayang, kita tidak sanggup menahan lapar."
"Kita mengetahui, bahawa siapa yg menziarahi orang yg sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yg memohon keampunan utknya. Tetapi sayang, kita belum juga menziarahi seorang pun yg sakit di bandar ini."
"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yg membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan utknya sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak utk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dgn beberapa ringgit."
"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yg membantu janda dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yg berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka atau orang yg solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat utk membantu seorang pun janda dan anak yatim."
*Kita mengetahui, bahawa orang yg membaca satu huruf dari Al-Quran, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Quran dlm jadual harian kita."
"Kita mengetahui, bahawa haji yg mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat utk menunaikannya, padahal kita mampu utk menunaikannya."
"Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yg paling mulia adalah yg paling banyak mendirikan solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para shahabatnya tidak pernah meninggalkan solat malam di tengah kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang, kita terlalu meremehkan solat malam."
"Kita mengetahui, bahawa hari kiamat itu pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yg ada di dlm kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri utk hari itu."
"Kita sering menyaksikan orang-orang yg meninggal dunia mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu larut dan lalai dgn senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya di dunia dan tidak akan pernah menyusul pemergian mereka."
Wahai saudaraku yg di rahmati Allah, semoga kita segera merubah keadaan kita mulai detik ini dan mempersiapkan datangnya hari perhitungan yg pasti akan kita hadapi.
Hari di mana kita dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatan kita di dunia.
Hari ketika lisan kita dikunci, sedangkan mata, kaki dan tangan kita yg menjadi saksi.
Dan pada hari itu, setiap orang akan lari drp saudaranya, ibu dan bapanya, teman-teman dan anaknya, kerana pada hari itu setiap orang akan disibukkan dgn urusannya masing-masing.
Saya telah mengirimkan nasihat ini kpd orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kpd orang yg kamu cintai.
Agama itu nasihat.
Jom kita sesama cuba beriktiar untuk mengerjakannya

Wednesday, February 10, 2016

Amalan-amalan yang diberikan oleh Habib Kadzim AsSaggaf

Amalan-amalan yang diberikan oleh Habib Kadzim AsSaggaf.
1. Habib Kadzim juga berpesan supaya selawat 20x snebelum tidur. Allah SWT akan memberi rahmat pada orang yang berselawat pada hari itu dan hari esoknya.
2. Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3x dan Ayat Kursi semasa memasuki rumah.
3. Mengamalkan zikir "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar" (x100 sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari).
4. Sesiapa yang membaca Lailahaillah, Allah akan mencabut perkara yang gelap didalam hatinya dan perkara tersebut tidak akan memasuki hatinya semula.
5. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 100x pagi dan petang.
6. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 10x selepas solat  dan 100 x setiap pagi dan malam.  Habib menceritakan seorang ulama mengamalkan pembacaan Surah Al-Ikhlas dan Allah memberikan lebih banyak ilmu kepada ulama tersebut.
7. Mengamalkan doa sebelum dan selepas makan, doa bangun tidur, wirid pagi dan petang, dan solat witir.  Ia adalah sunnah yang simple tetapi penuh barokah.
8. Sentiasa bercakap dengan perkara yang mendapat keredhaan Allah SWT.
9. Membaca Subhana rabbiyal a’ala wabihamdih (bacaan sujud -11x)  semasa solat sunat tahajjud. Seseorang haruslah merasa dirinya hampir dengan Allah SWT semasa sujud.
10. Mmperbanyakkan zikir Subhanallah wabihamdi, Subhanallahi adzhim.
11. Dengan berzikir, Kota Constantinople ditawan.  Imam AlHaddad berzikir dan dinding biliknya runtuh disebabkan kekuatan zikir tersebut,
12. Adab2 berzikir .
a. Menghadap kiblat.
b. Berada didalam keadaan bersuci dan berwudhuk.
c. Anggota badan perlu berada didalam keadaan yang tenang.
13. Habib juga mengajarkan cara berzikir dengan dengan konsentrasi iaitu dengan membayangkan huruf huruf zikir dan dengan hati yang penuh tawajjuh.
14. Diceritakan Habib Kadzim: Orang yang melakukan amalan zahir tanpa zikir adalah seperti orang yang membawa kereta.  Orang yang melakukan amalan batin adalah seperti orang yang memandu jet.  Tetapi jika seseorang yang melakukan amalan batin DAN mengikat dirinya dengan masyaikh atau syeikh, maka perjalanan orang itu adalah lebih cepat dari jet dalam menuju Allah SWT.
15. Orang yang bergantung kepada amalan zikir akan berasa penat sebab perjalanannya panjang, Tetapi orang yang melakukan amalan batin tidak akan terasa penat kerana perjalanannya singkat.  Habib mengibaratkan orang yang melakukan amalan zahir seperti orang yang menaiki tangga dan orang yang melakukan amalan batin adalah seperti menaiki lif.
Sedikit sebanyak yang saya dapat sepanjang mengikuti majlis Habib Kadzim AsSeggaf.  Mohon betulkan jika saya tersilap. Wallahualam.

WASIAT SYEKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR & DZIKIR...

Ini saya copy & paste dari group Syariat& Hakikat . Dari Tuan Guru kita Ustaz Johari. Sama2 kita share ilmu yg manfaat ini.
WASIAT SYEKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR & DZIKIR...
"Jika engkau telah berusia empat puluh tahun, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh siang mahupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah 'Azza wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi.
Maka, beramallah sesuai kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berdzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari dzikir. Dzikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit. Dzikir adalah ibadah yang paling mudah.
Rasulullah saw bersabda :
وليكن لسانك رطبا بذكر اللّه
"Dan hendaklah lisanmu basah dengan berdzikir kepada Allah swt."
Bacalah secara berkesinambungan doa' dan dzikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berdzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikanNya. Ia akan mengurniamu dari ingatanNya menjadi ingatmu kepada-Nya…
"Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, seyogianya sisanya dimanfaatkan. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. Tentu dia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Engkau telah menyia-nyiakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu.
Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt.!!!!!
"Seseorang yang telah mendekati ajalnya ( berusia lanjut ) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak membaca dzikir yang ringkas tetapi berpahala besar. Dzikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang, seperti dzikir yang berbunyi :
سبحان اللّه العظيم وبحمده عدد خلقه ورضانفسه وزنة عرشه ومداد كلماته
Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, ( kalimat ini kuucapkan ) sebanyak jumlah ciptaan-Nya, sesuai dengan yang ia sukai, seberat timbangan Arsy-Nya dan setara dengan jumlah kata-kata-Nya.
Jika sebelumnya kau sedikit melakukan shalat dan puasa sunat, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak bershalawat kepada Rasulullah saw. Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt bershalawat kepadamu sekali saja, maka satu shalawat Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu.
Sebab, engkau bershalawat kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt bershalawat kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya. Ini jika Allah swt bershalawat kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap shalawatmu dengan sepuluh shalawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih, "Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berdzikir kepada-Nya dan bershalawat kepada Rasulullah saw."
Semoga bermanfaat!
Selamat berdzikir dan mari joint group dzikir...

Tuesday, February 9, 2016

SUATU PAGI SEORANG ANAK GADIS BERKATA PADA IBUNYA

SUATU PAGI SEORANG ANAK GADIS BERKATA PADA IBUNYA,
“Ibu...... Ibu selalu terlihat cantik. Aku ingin seperti Ibu, beritahulah aku caranya.”
Dengan tatapan lembut & senyum haru, sang Ibu menjawab,
“Untuk bibir yang menarik, ucapkanlah perkataan yang baik.”
“Untuk pipi yang lesung, tebarkanlah senyum ikhlas kepada siapa pun…”
“Untuk mata yang indah menawan, lihatlah selalu kebaikan orang lain…”
“Untuk tubuh yang langsing, sisihkanlah makanan untuk fakir miskin…”
“Untuk jemari tangan yang lentik menawan, hitunglah kebajikan yang telah diperbuat orang kepadamu…”
“Untuk wajah putih bercahaya, bersihkanlah kekotoran batin…”
"Anakku..
Janganlah sombong akan kecantikan fizikal karena itu akan pudar oleh waktu.
Kecantikan perilaku tidak akan pudar walau oleh kematian.
~Jika kamu BENAR, maka kamu tidak perlu marah.
~Jika kamu SALAH, maka kamu wajib minta maaf.
~Kesabaran dengan keluarga adalah KASIH.
~Kesabaran dengan orang lain adalah HORMAT.
~Kesabaran dengan diri sendiri adalah KEYAKINAN.
~Kesabaran dengan TUHAN adalah IMAN.
~Jangan terlalu mengingat masa lalu, karena hal itu akan membawa AIR MATA.
~Jangan terlalu memikirkan masa depan, karena hal itu akan membawa KETAKUTAN.
~Jalankan saat ini dengan senyuman, karena hal itu akan membawa KECERIAAN !
~Setiap ujian dalam hidup ini bisa membuat kamu pedih atau lebih baik.
~Setiap masalah yang timbul bisa menguatkan atau menghancurkan.
~Pilihan ada padamu, apakah kamu akan memilih menjadi korban atau pemenang.
~Carilah hati yang indah dan bukan wajah yang cantik.
~Hal-hal yang indah tidak selalu baik, tapi hal-hal yang baik akan selalu indah."
😘

Sunday, February 7, 2016

Kenapa LARANGAN tidor selepas waktu Subuh & Asar?

Kenapa LARANGAN tidor selepas waktu Subuh & Asar?
Slps waktu Subuh adalah waktu tahrim yg diharamkan solat2 sunat kerana waktu itu apabila naik sahaja matahari maka matahari itu akan berada diantara DUA TANDUK SYAITAN sehinggalah naiknya segalah.
Maka waktu itu kita hendaklah berlindung drpd sihir2 syaitan yg munkin mengenai kita. Jadi bila ada yg tidor di waktu itu ia akan berada dlm pandangan syaitan.
Saidina Umar mengejutkan anaknya yg sdg tidur di waktu lps Subuh kerana waktu itu waktu malaikat sedang MENGAGIHKAN REZEQI; maka bila seseorg asyik "melayan" tidornya maka rezeqinya yg halal dan berkat pada hari itu telah hilang kerana terlepas menunggu kedatangan rezeqi agihan malaikat; bagaimana kalau setiap hari amalan tidornya selepas Subuh berterusan....? Hidup boleh, ada, tetapi tiada KEBERKATAN.
Nabi saw ketika mengejutkan anaknya Fatimah yg dilihatnya sdg berbaring selepas sokat Subuh "bahawa waktu agihan rezeqi adalah antara selepas Solat Subuh hingga masuk waktu Zohor" ertinya jgn lalai dan jgn tidor waktu ini - jadi apa nak buat? Perlu banyak berdoa dan ingat pada Allah Tuhan (zikrullah) yg memberi rezeqi.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga waktu2 ini dgn amal soleh (BUKAN TIDOR) maka berbahagialah hidup mereka kerana mendapat rezeqi yg HALALAN THOYYIBA & BAROKAH!
KENAPA KAMU TIDAK MAU MENCUBA MENJAGA WAKTU INI SELAMA BEBERAPA MINGGU (MALAHAN SEPANJANG HIDUP MU) DGN IKHLAS? LIHATLAH NANTI AKAN REZEQI YG AKAN ALLAH ANUGERAHKAN KPD MU!.
MAKA IKUTILAH DGN MEMBACA SURAH AL-WAQIAH  & DOANYA JIKA KAMU PUNYA MASA.....SUBHANALLAH!
Dan berkata Ibnu Qayyum org2 yg tidor ini akan mewarisi penyakit muka sembab, mata sembab (cuba perhati org yg bangun lambat subuh hingga matahari naik & org yg tidor slps Subuh akan MUKA mereka), radang paru2 dan pelbagai penyakit buruk.
Dan satu waktu lagi dilarang tidor ialah waktu selepas Solat Asar kerana waktu itu matahari sdg turun dan berada diantara dua tanduk syaitan. Maka waktu2 ini manusia harus mempersiapkan ruh dan jasad mereka dgn amalan2 soleh memohon perlindungan dari Allah agar tidak terkena PANCARAN sihir2 dari Iblis dan kuncu2nya yg akan MEMBELOKKAN diri mereka menjadi manusia KUFUR kpd Allah.
Maka jika yg bersolat selain solat wajib maka hukumnya haram.
Nabi menyebutkan tidor selepas waktu Asar akan menyebabkan HILANG AQALNYA. Dan jgn mengeji dan mencaci sekiranya perkara ini berlaku krn salah diri sendiri jika jadi GILA; bagai2 gila.....gila dunia, gila.....gila. ......
Islam itu indah....mengajar, mendidik umatnya dgn perkara2 yg baik agar menjadi mulia. Manusia yg jadi HINA bila mereka menolak Islam dan mengambil AQAL & NAFSU mereka menjadi Tuhan.
Mereka hanya membaca peringatan2 ini dgn prejudice dan penuh keraguan, ejekan (kerana kedunguan) dgn mengatakan "mereka tak termasuk dlm gulungan itu" kononnya kerana mereka masih dpt rezeqi dari tuhan mereka NAMUN dlm yg sama masih taat kpd AQAL dan bisikan2 iblis dan syaitan yg kuat mempengaruhi dan menguasai HATI mereka.
Mereka2 jenis ini SUSAH & SUKAR utk berubah kerana mereka mendapat LAYANAN istimewa dari nafsu dan iblis yg membuai-buaikan ANGAN2 & KHAYALAN FANTASI (kekayaan, harta, wang ringgit, projek2.....) serta FATAMORGANA indah yg sebenarnya palsu semata2 kerana BERCANGGAH dgn ajaran Nabi Muhammad saw.

Saturday, February 6, 2016

Apa Yang Kamu Suka Dari Dunia Ini?

🌴🌿🌴
Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra
"aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1.duduk2 bersama rasulullah saw.
2.melihat wajah mu ya rasulullah saw.
3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "
lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya umar?"
jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:
1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3.berkata yg benar walaupun pahit"
"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"
berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:
1.memberi makan
2.memberi salam
3.bersolat malam di waktu manusia tidur"
"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"
"aku juga cintakan 3 perkara:
1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang"
kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra
"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.lapar
2.sakit
3.mati"
kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
berkata saidina Abu Dzar ra,
"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.
aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"
kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1.wangian
2.wanita yang solehah
3.sembahyang menjadi penyejuk hati ku"
kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.
kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :
1.menyampaikan risalah
2.menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin"
kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian"
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

KENAPA RASULULLAH MENYURUH MEMATIKAN LAMPU KETIKA HENDAK TIDUR?

KENAPA RASULULLAH MENYURUH MEMATIKAN LAMPU KETIKA HENDAK TIDUR?
"Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman" (HR.Muttafaq'alaih).
Rasulullah mensabdakan itu lebih dari 14 abad yang lalu. Ternyata, di abad modern ini baru diketahui manfaat kesihatan dari tuntunan Rasulullah untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur.
Ahli biologi Joan Robert mengungkapkan bahwa tubuh hanya dapat memproduksi hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon melatonin ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit, termasuk kanser payudara dan kanser prostat. Orang yang tidur dalam keadaan gelap, maka tubuhnya dapat memproduksi hormon ini.
Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari, sekecil apapun sinarnya menyebabkan produksi hormon melatonin terhenti..
Pentingnya tidur di malam hari dengan mematikan lampu juga diteliti oleh para ilmuwan dari Barat. Pengaji menemui bahwa ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, dapat megaktifkan secara berlebihan sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.
Sebuah konferensi tentang anak penderita leukimia yang diadakan di London juga menyatakan bahwa seseorg blh menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur di malam hari dibandingkan dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Subhanallah... demikian luar biasa tuntunan Rasulullah. Setelah berabad-abad, hikmah perubatannya baru terungkai. 
Wallahu a’lam bish shawab.
Sebarkan ini wahai saudaraku agar saudara kita yang lain mengetahuinya.

Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu Al-Quran

TAZKIRAH KHAS:   Imam 1 Surau Al Kauthsar TTGI ,  Ybg Imam Halim bin Kari
        
Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al- quran.
1)    Sebaik-baik manusia
        ialah yang belajar dan
        mengajar Al-Quran.
2)    Ahli Al-Quran adalah
        insan yang harus
        diperlumbai amalannya
        kerena tiada amalan yang
        lebih mulia dari membaca
        Al-Quran.
3)    Yang mahir dengan  
        Al-Quran akan bersama
        dengan para malaikat
        yang termulia dan para
        nabi ‘alaihimussalaam.
4)    Pembaca Al-Quran
       diibaratkan seperti limau
        yang manis yang
       mempunyai bau dan rasa
       yang enak iaitu disukai
       ramai.
5)    Darjat dan tingkatan
        syurga untuk ahli Al-
       Quran ialah sebanyak
       mana ayat yang dibaca
       sewaktu di dunia.
6)   Pembaca Al-Quran yang
       terbaik ialah bacaannya
       menandakan yang ianya
       takutkan Allah.
7)   Pendamping Al-Quran
      akan dipakaikan mahkota
      dan pakaian kemulian dan
      akan mendapat keredoan
      dari Allah Ta’ala.
8)  Sebanyak mana
      seseorang itu menghafal
      Al-Quran sebanyak itulah
      ia telah menerima wahyu
      cuma bezanya ianya
      bukan nabi.
9)   Hafiz Al-Quran dapat
      memberi syafa’at untuk
      masuk syurga kepada 10
      orang dari ahli
      keluarganya yang telah
      wajib masuk neraka.
10) Barangsiapa yang
       beramal dengan Al-Quran
       maka akan terselamat
       dari kesesatan di dunia
       dan kesusahan di akhirat.
11) Pendengar kepada
       bacaan Al-Quran ialah
       orang yang paling cepat
       mendapat rahmat dari
       Allah.
12) Pembacanya tidak
      digolongkan dalam
      kalangan orang-orang
      yang lalai.
13) Pembaca yang bertajwid
       sempurna dapat 70
       pahala bagi setiap huruf
      (70×340 740= 23 851 800)
      berbanding yang baca
      secara biasa.
14) Pembaca yang ikut
       hukum tajwid dapat
       pahala syahid.
15) Allah berbual dengan
       pembaca Al-Quran.
16) Manusia yang paling
       dicintai Allah ialah
       mereka yang paling
       pandai dalam ilmu Al-
       Quran.
17) Pembaca yang tahu
      makna Al-Quran adalah
      lebih mulia dari yang tidak
      memahami isi     kandungannya
                                                    
Kongsikan pada yg anda sayangi.

Doa Masuk Umur 40 Tahun

Tuesday, February 2, 2016

PENYEWA RUMAH TAK BERBAYAR

PENYEWA RUMAH TAK BERBAYAR
(Tanyalah Ustaz 28 Januari 2016)
Oleh Ustaz Suhaimi
👉 Tempat yang suka didiami oleh JIN:-
1. TANDAS- adalah istana jin (jin jantan dan betina). Ramai yang kena "stroke" akibat jatuh di tandas. Sebab itu kita kena baca doa sebelum masuk tandas dan masuk dengan kaki kiri. Paling kurang bacalah bismillah sebelum masuk tandas supaya dapat perlindungan Allah.
2. BILIK-BILIK YANG TAK DIDIAMI- contoh, anak pergi asrama dan bilik anak tu tiada sesiapa tinggal. Selalulah solat sunat dalam bilik-bilik itu dan tampalkan surah Al-Jinn ayat 1-10 dalam bilik tersebut; dan
3. Tempat-tempat yang ada perhiasan seperti emas.
👉 Lagi tinggi rumah kita lagi banyak aras jin yang menyewa.. ustaz tak kongsi bab ini sebab takut bila kita naik setiap aras rumah, kita akan terpikir pasal jenis-jenis jin ni.
👉 Jika kita tinggalkan rumah dalam tempoh lebih dari  tujuh (7) hari, makhluk halus akan pindah masuk. Jadi bila balik bagi salam dan  jangan terus lompat atas apa-apa khasnya katil anda, kena kibas-kibas dulu. Badan kita juga boleh rasa kalau ada gangguan di rumah seperti bulu roma meremang dan debaran jantung meningkat...
👉 Bila rumah ada gangguan, akan ada gangguan dalam sistem tidur kita yang mana akan membawa kepada:-
Gangguan dalam sistem di kepala (selalu pening) kemudian gangguan sistem emosi,
gangguan sakit tulang belakang, gangguan dalam sistem semua sendi-sendi. Ini semua akan beri gangguan keseluruhan dalam hidup kita.
👉 Kita disarankan selalu berwudhu, sebab secara tak langsung bila berwudhu kita akan gosok-gosokkan anggota kita seperti tangan, kaki,  kepala yang akan buat sistem pengaliran darah lancar ke bahagian-bahagian tersebut..manakala berkumur dan bersihkan hidung pula boleh elakkan dari gangguan-gangguan masuk ke bahagian-bahagian tubuh badan kita.
👉 Jangan pakai pakaian yang sudah kotor, dari kepala ke kaki termasuk tudung, anak tudung, baju dalam, baju, seluar (khasnya seluar "jeans" yang orang kerap pakai berkali-kali), setokin dan sebagainya. Selalunya dalam 4 jam keluar rumah, kita pasti sudah berpeluh..baju yang kita pakai dah dianggap kotor.
👉 Sebelum keluar rumah- baca bismillah 21 kali,  Al-Fatihah, ayat Qursi (selagi baca tersangkut-sangkut, jangan keluar).. tapi jika tak sempat paling sikit bacalah bismillah 7 kali.
👉 Sekurang-kurangnya sebulan sekali baca sendiri surah Al Baqarah di rumah. Jangan baca sesuatu ayat sehingga 24jam, kadang-kadang badan tak boleh terima rasa kepanasan..ini umpama kita makan ubat terlebih dos.
👉 Bila tidur jangan pasang ayat-ayat Al Quran sehingga tertidur kerana akan mengganggu gelombang badan utk tidur...cukup praktikkan apa yg Rasulullah sarankan.. bila tidur umpama mati kecil jadi tinggalkan semuanya..
👉 Untuk terapi diri, di rumah setiap orang patut ada baju yang khas untuk solat, sejadah sendiri untuk solat dan Al Quran sendiri untuk dibaca..
✨ Antara ilmu yg disampaikan oleh ustaz utk dikongsi bersama.