Assalamualaikum,
Ibadat qorban adalah 1 ibadat yg sangat2 dituntut. Hukumnya adalah sunat muakad fardhu kifayah. Ianya dituntut keatas orang yg mampu. Maksud mampu disini adalah mempunyai duit lebih daripada keperluannya dan tanggungannya sekurang2nya 1 bahagian binatang sembelihan (Di malaysia lebih kurang RM500) Maksudnya jika kita ada duit lebih yg disimpan dlm bank lebih daripada RM500, kita dituntut utk melakukan ibadat qorban (sunat muakad).
Hadis :
Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Sabda Nabi SAW : Maksudnya : Barangsiapa yg ada kemampuan utk berqorban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat solat kami. - Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.

Sungguh keras peringatan Nabi kepada kita yg mampu tetapi tidak mahu melakukan ibadat qorban. kita juga diharuskan untuk berhutang untuk melakukan ibadat qorban ini.
Marilah kita sama2 mengubah salah faham kita selama ini bahawa ibadat korban adakah sunat sahaja.
Ibadat qorban juga adalah lebih afdal daripada infaq atau bersedekah.

Yakinlah…! Bagi mereka yang berqorban, Allah akan segera memberikan ganti belanja qorban yang dia keluarkan. Ini kerana setiap pagi Allah mengutus dua malaikat, yang satu berdo’a: “Yaa Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq.” Dan yang kedua berdo’a: “Yaa Allah, berikanlah kehancuran bagi orang yang menahan hartanya (kedekut).” (HR. Al-Bukhari 1374 & Muslim 1010).
‘Aisyah Radhiyallahu’anha menceritakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah anak Adam melakukan suatu amalan pada hari Nahr (Iedul Adha) yang lebih dicintai oleh Allah melebihi mengalirkan darah (korban), maka hendaknya kalian merasa senang kerananya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim dengan sanad sahih, lihat Taudhihul Ahkam, IV/450)
Antara fadilat dan kelebihan berqurban itu ialah:
1. Keampunan...,Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”(Hadis riwayat al-Hakim)
2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan. Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

No comments:
Post a Comment