Hibah Takaful
&
Bicara suami mati, waris isteri, mak dan ayah.
----------------------------------
Faraid ini adalah satu ilmu membicarakan mengenal waris yang menerima harta pusaka beserta bahagian yang diterimanya mengikut formula matematik tertentu.
&
Bicara suami mati, waris isteri, mak dan ayah.
----------------------------------
Faraid ini adalah satu ilmu membicarakan mengenal waris yang menerima harta pusaka beserta bahagian yang diterimanya mengikut formula matematik tertentu.
Dalam perancangan aset, untuk memiliki harta benda biasa dikaitkan dengan bekerja atau bisnes atau makan gaji, namun pemilikkan harta yang diiktiraf di dalam syarak selain di atas adalah melalui pewarisan.
----
Mengenal Siapa Waris.
Apabila didapati semua waris wujud, hanya 5 golongan yang akan menerima harta disebabkan mereka ini tidak ada penghalang mendapatkan pusaka
1. Mak
2. Ayah
3. Anak L
4. Anak P
5. Suami atau isteri
Seperti contoh suami mati di atas, adik beradik arwah tidak dapat menerima harta pusaka disebabkan ada penghalang iaitu AYAH.
2. Ayah
3. Anak L
4. Anak P
5. Suami atau isteri
Seperti contoh suami mati di atas, adik beradik arwah tidak dapat menerima harta pusaka disebabkan ada penghalang iaitu AYAH.
-----
Dengan ilmu faraid ini, kita seolah-olah mempelajari kaedah ilmu fiqh keseluruhannya dalam perlaksanaan kaedah penghukuman disebabkan "pendalilan" bermula dengan Al-quran diikuti dengan As-sunnah kemudian apabila berlaku kes baru, diikuti dengan Ijmak sahabat dan tabiin.
/ Al-Quran, ayat 11,12, dan 176 dari surah An-nisa telah menjelaskan secara detail pembahagian-pembahagian.
/ As-sunnah yang menerangkan bahagian yang tidak disebut di dalam Al-quran seperti wujudnya seorang anak perempuan, anak perempuan dari anak lelaki (cucu), dan saudara perempuan (adik beradik si mati)
/ Ijmak para sahabat seperti kes suami mati, waris isteri, mak, dan ayah
------
Ijtihad para sahabat
Ijtihad para sahabat
Walaupun nas Al-quran dan as-sunnah bersifat terperinci dalam pembahagian faraid, namun para sahabat beriktikad dalam kerangka
/ Maksud sesuatu yang tidak jelas ( khafiyy ad-dalalah )
/ Pertentangan ( at-taarud ) dua nas atau lebih
/ Masalah yang tiada dalam nas tetapi ada di dalam sesuatu masalah faraid disebabkan persamaan "illah".
/ Aplikasi masalah umum kepada masalah terperinci dengan mengambil kira maqasid syariah
-----
Suami mati,
Nilai rumah RM 600,000
Nilai rumah RM 600,000
Asal penyelesaian
1. Isteri 1/4, RM 150,000
2. Mak 1/3, RM 200,000
3. Ayah baki, RM 250,000
2. Mak 1/3, RM 200,000
3. Ayah baki, RM 250,000
Namun didapati prinsip asal ini tidak selari lelaki 2 BAHAGIAN, manakala perempuan 1 BAHAGIAN daripada KEDUDUKAN YANG SAMA.
Ini berdasarkan surah An-nisa ; ayat 11
لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الأنْثَيَيْنِ
Maknanya : "Bahagian seorang anak laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan"
----
Apabila prinsip asal masalah di atas tidak selari, maka mak mendapat 1/3 harta dari baki. Keputusan ini dibuat oleh Khalifah Umar Al-khattab semasa pemerintahnnya berdasarkan pemahaman yang mendalam dalam surah An-nisa, ayat 11.
Suami mati
1. Isteri 1/4, RM 150,000
2. Mak 1/3 BAKI, RM 150,000
3. Ayah baki, RM 300,000
2. Mak 1/3 BAKI, RM 150,000
3. Ayah baki, RM 300,000
Permasalahan ini di dalam kitab faraid dinamakan sebagai al-Umariyyatan sempena zaman pemerintahannnya. Nama-nama lain juga dikenali sebagai al-Gharimatan, al-Gharibatan.
Sahabat-sahabat yang lain mengikuti pendapat ini temasuklah Abu Bakar, Zaid bin Thabit, Uthman bin Affan, Abdullah ibn Masud. Juga mengikut pendapat 4 mazhab.
----
Pendapat Abdullah bin Abbas (Ibn Abbas) dalam hal ini pula mengatakan perlu mengekalkan kaedah ibu mendapat 1/3 dari JUMLAH KESELURUHAN harta seperti contoh awal di atas.
Beliau berhujah dengan surah an-Nisa ; Ayat 11
فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلأمِّهِ الثُّلُثُ
Maksudnya ; "Tetapi kalau si mati tidak ada anak, sedangkan yang mewariskannya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah 1/3".
Begitu juga dalam prinsip kaedah asabah, iaitu ayah sebagai orang yang mendapat baki harta seperti di dalam hadith ;
"Berikanlah kadar yang ditetapkan kepada ahli waris yang berhak. Jika berbaki, maka agihkanlah kepada waris lelaki utama"
-HR Bukhari.
--------
Ada dialog diantara Ibn Abbas dan Zaid bin Thabit berkaitan penyelesaian waris suami, mak dan ayah
Zaid menjawab ; " Suami mendapat 1/2, mak dapat 1/3 daripada baki, bapa menerima baki"
Lantas Ibn Abbas bertanya ;"Adakah terdapat di dalam Al-Quran 1/3 baki?".
Zaid menjawab : " Tidak, Bahkan ini pendapatku".
Ibn Abbas berkata semula : " Kitabullah lebih aku ikuti berbanding pendapatmu".
(Insyaallah, jika ada rezeki, saya menyalin pandangan kedua-dua aliran tersebut)
----
Mazhab Syafie dan perlaksanaan di Malaysia.
Semua sedia maklum, perlaksanaan di Malaysia adalah mengikut Mazhab Assyafie serta dalam faraid, mengikut Zaid bin Thabit. Namun kita tidak nafikan pandangan ilmuan lain.
Ini bukan isu, "Boleh tak saya gunakan mazhab lain".!.
----
Hibah Takaful
Sejak wujudnya hibah dari wakalah takaful selari dengan akta ifsa, ramai orang menceritakan tentang faraid serta keperluan hibah.
Namun pada pandangan saya yang kerdil ini, ada yang sedikit tersasar dari membawa risalah muamalat pewarisan seperti
/ Faraid tidak adil
/ Semua harta perlu dihibah.
/ Dosa termakan anak yatim dalam isu pewarisan hanya boleh ditutup dengan membuat hibah.
/ 1/8 yang isteri terima dari harta pusaka suami, tidak selari dengan kewajipan yang ditanggung isteri.
/ Hibah lebih baik dari wasiat untuk setiap perkara.
----
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti Dialog Hibah Takaful, Hibah Rumah Bercagar, Dan Hibah Ruqbah&Umra, boleh maklumkan ya.
Muhammad syafiq
Full time life planner
011-19089824
AIA takaful
Full time life planner
011-19089824
AIA takaful
No comments:
Post a Comment