Saturday, December 19, 2015

#Adab yang hilang

Nak ajar anak-anak hafal Al-Quran pun In sha Allah tidak susah kerana ia ada cara dan strategi, apa yang susah adalah mahu mendidik ADAB. Adab kepada diri sendiri dan ADAB kepada orang lain. Kadang-kadang anda tidak jumpa ADAB walaupun hafal Al-Quran dari depan ke belakang dan dari belakang ke hadapan. Ini maklumbalas dari ustaz yang menguruskan kem tahfiz RichKids SmartKids baru-baru ini.
Pointnya bukanlah suruh jangan hafal Al-Quran. Pointnya adalah Didik dan Hidupkan ADAB dalam kehidupan diri kita dan anak-anak kita.
Bila hati dididik ada adab nescaya Al-Quran akan lebih mudah dihidupkan dalam hati dan hidupnya dengan indah.
Rasulullah saw beradab sejak sebelum menjadi Rasul saw dan kemudian lebih indah dengan menghidupkan Al-Quran.
Apa contoh adab?
1/ Nak makan ajak sekali orang yang lebih tua
2/ Memberi salam dan meminta izin
3/ Mengucapkan terima kasih dan senyum
4/ Menghormati orang lain dan bercakap dengan sopan
5/ Berselisih faham tapi berbincang dengan hormat
Example, anda tidak boleh cakap "Thanks" kepada mak kita! Kita patutnya pergi ke hadapan mak kita, senyum dan pandang wajah dia then katakan "Terima kasih mak!".
Adab bukan berdasarkan siapa Islam atau tidak. Kadang-kadang anda jumpa orang yang bukan Islam tetapi beradab lebih baik dari sesetengah mereka yang namanya Islam. Adakan? Bukan semua tapi ada.
Adab adalah prinsip dan nilai-nilai baik yang dihidupkan dalam hidup. Dan adab bermula dari ibu bapa dan kemudian guru.
Nak faham contoh ada adab atau tidak ada adab?
Contohnya bila saya tulis status ini dan ada yang membaca dan dapati ianya bermanfaat untuk mereka, mereka tidak tahu ucap terima kasih. Sebab itu anak-anak mereka tidak tahu ucap terima kasih kepada mereka walaupun mereka beri banyak manfaat kepada anak-anak mereka. Ini contoh! Contoh!.... 😁
#AdabYangHilang
#AzizanOsman

No comments:

Post a Comment