Saturday, December 19, 2015

#Adab yang hilang

Nak ajar anak-anak hafal Al-Quran pun In sha Allah tidak susah kerana ia ada cara dan strategi, apa yang susah adalah mahu mendidik ADAB. Adab kepada diri sendiri dan ADAB kepada orang lain. Kadang-kadang anda tidak jumpa ADAB walaupun hafal Al-Quran dari depan ke belakang dan dari belakang ke hadapan. Ini maklumbalas dari ustaz yang menguruskan kem tahfiz RichKids SmartKids baru-baru ini.
Pointnya bukanlah suruh jangan hafal Al-Quran. Pointnya adalah Didik dan Hidupkan ADAB dalam kehidupan diri kita dan anak-anak kita.
Bila hati dididik ada adab nescaya Al-Quran akan lebih mudah dihidupkan dalam hati dan hidupnya dengan indah.
Rasulullah saw beradab sejak sebelum menjadi Rasul saw dan kemudian lebih indah dengan menghidupkan Al-Quran.
Apa contoh adab?
1/ Nak makan ajak sekali orang yang lebih tua
2/ Memberi salam dan meminta izin
3/ Mengucapkan terima kasih dan senyum
4/ Menghormati orang lain dan bercakap dengan sopan
5/ Berselisih faham tapi berbincang dengan hormat
Example, anda tidak boleh cakap "Thanks" kepada mak kita! Kita patutnya pergi ke hadapan mak kita, senyum dan pandang wajah dia then katakan "Terima kasih mak!".
Adab bukan berdasarkan siapa Islam atau tidak. Kadang-kadang anda jumpa orang yang bukan Islam tetapi beradab lebih baik dari sesetengah mereka yang namanya Islam. Adakan? Bukan semua tapi ada.
Adab adalah prinsip dan nilai-nilai baik yang dihidupkan dalam hidup. Dan adab bermula dari ibu bapa dan kemudian guru.
Nak faham contoh ada adab atau tidak ada adab?
Contohnya bila saya tulis status ini dan ada yang membaca dan dapati ianya bermanfaat untuk mereka, mereka tidak tahu ucap terima kasih. Sebab itu anak-anak mereka tidak tahu ucap terima kasih kepada mereka walaupun mereka beri banyak manfaat kepada anak-anak mereka. Ini contoh! Contoh!.... 😁
#AdabYangHilang
#AzizanOsman

Friday, December 18, 2015

DIDIK ANAK- perkara kecil yang besar!

DIDIK ANAK- perkara kecil yang besar!
Peranan ibuayah dalam mendidik tidak dapat diambilalih oleh sesiapapun. Hakikatnya didikan adalah tugas harian. Tiap hari didikan berlaku pada anak. Tak kira kita sedar atau tidak.
Dalam banyak keadaan, anak terdidik dari perkara kecil yang kita buat berulang-ulang. Rutin tidur kita adalah didikan buat mereka. Rancangan tv kegemaran kita, menjadi sebahagian hidup mereka. Bahasa yang kita guna menjadi siraman baja atau racun ke dalam jiwa.
Pilihlah untuk beransur-ansur memperbaiki rutin-rutin ini. Mulakan dengan satu. Satu yang istiqamah, yang diulang dan diulang dan diulang. Apabila terlupa, atau tersilap, jangan kecewa. Ulang semula. Tiada masalah untuk tersalah, asal tidak menyerah.
Sebagai contoh, kita boleh mulakan dengan menyebut rasa syukur kita setiap kali hendak makan bersama. "Untung kita dapat makan macam ni kan. Banyak Allah beri rezeki. Nanti dah makan, kita guna tenaga untuk buat baik ya. Tentu Allah suka"
Bunyi macam skema kan? Terus saja, asal Allah suka, lama-lama akan selesa 
Dialog wajar berubah-ubah dengan mesej yang lebih kurang sama. Memang awalnya kita rasa kekok, namun teruskan saja. Selepas beberapa lama, anak kita akan terikut untuk bercakap dengan lenggok bahasa dan mesej yang sama setiap kali berdepan hidangan.
Respon sebegitu mudah diterima jika anak masih di awal usia. Jika anak remaja, mungkin kita tidak akan melihat impak segera. Namun percayalah, jika kita jujur dalam bicara, anak remaja juga mampu menghargainya dan membina pandangan dan pendirian hidupnya dari percakapan harian kita.
Bagaimana jika kita senyum setiap kali anak membuka pintu? Bagaimana jika kita berdoa untuk anak setiap kali dia membantu mengambil barang? Bagaimana jika kita membaca bismillah setiap kali menekan remote tv? Alangkah indah, kerana anak sedang memerhati dan meneladani.
Perkara baik, biarpun kecil, jika diulang-ulang, akan menjadi asas peribadi cemerlang. Fikirkan untuk baiki sesuatu yang kecil. Mulakan sekarang, ulang dan ulang. Buat saya dan ibuayah semua, selamat berjuang!
‪#‎demicintaummi‬

Jahit school badge & name tag

Oh tidak!!! Nk kena jahit school badge & name tag!!!
Tak suka laa..
Kalau hantar kedai, depa charge RM2 tau satu badge.. Mahai pulakkk...
Tapi takpe.. I can help you.
Specially to those yg masih ada pending  'homework' utk menjahit lencana sekolah anak2 ..
U will need :
- gam UHU
- kain basah kecik ( handkerchief is good)
- small cardboard/thick paper
- iron
Langkah langkah
******************
1. Letakkan cardboard dlm poket ( ~This is to avoid the
     pocket from melekat with the material underneath)
2. Atur lencana seperti yg dikehendaki
3. Once dah estimate mana nk paste, picit gam at the back of the badges
4. Paste it ( you may still adjust the position at this stage)
5. Ambik wet towel tadi. Bentangkan atas the badge area
6. Iron the wet towel sehingga rata covering the badge .
7. Angkat towel... Dan Siap !!
Mudahkan?
Anda akan lihat that the badge tertampal rapi, sungguh cantik & Kemas gitu..
Satisfaction? 10/10
Time needed per badge? Less than 3 minutes
If menjahit : time taken to sew each badge : 10 minit ( tu tak termasuk yg terjahit poket , benang bersimpul & cucuk2 benang tak masuk dlm jarum.. Ngeh ngeh ngeh... )
I dah basuh baju anak2 dlm washing machine & the badge is still there!
Any questions? Feel free to ask ya..
Selamat mencuba...
Laily 0126674782
Lyvitashoppecloset.blogspot.com

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?
Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik LAUK adalah GARAM"(Al-baihaqi)
Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul.
GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!
Kesilapan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam kedalam masakan ketika minyak sedang MENDIDIH/PANAS. Ia akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik.
Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium. Jika garam dimasak dengan cara diatas, ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.
Cara yang betul penggunaan garam:
Kaedah Pertama:
- Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya: Kari Ikan
- Kemudian masukkan garam dalam masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.
- @ Kacau air garam dan tuangkan kedalam kuah.
Kaedah kedua:
- Masak makanan tanpa masukkan garam.
- Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing2.
"Antara amalan yang diamalkan oleh para Salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan "
- Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.
GARAM IALAH MINERAL!!
- Antara kelebihannya ialah:
* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mati mengejut.
Sebarkan utk kesihatan..

Ticket Perjalanan Manusia

TIKET PERJALANAN MANUSIA
IDENTITI PENUMPANG:
Nama : Manusia
Tempat Asal : Tanah
Alamat : Planet Bumi
KETERANGAN PERJALANAN :
Terminal Berlepas : Dunia
Transit : Alam kubur
Terminal Ketibaan : Padang Mahsyar
Destinasi : Syurga / Neraka
Waktu Berlepas : ‘SURPRISE’
Check In: Akan dilakukan oleh Malaikat Maut.
Barang Bawaan yang diizinkan :
1. Iman
2. Amal Soleh
Kargo yg dibenarkan :
1. Sedekah Jariah.
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak yang soleh
CATATAN :
1. Sebelum berlepas sila pastikan anda selalu membaca, mempelajari, menghafal dan mengamalkan buku petunjuk kehidupan AL QURAN AL KARIM.
2. Sebelum berlepas adalah diharapkan untuk selalu mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP) seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
3. Hati-hati dengan calon Syaitan yang selalu menawarkan anda tiket ke Neraka!!
Semoga perjalanan anda menyenangkan

Friday, December 11, 2015

Ubat Sakit Lutut 100% Natural

Detox Ruang Rumah dari Bakteria

😀 sedikit info utk di share:
Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani
dan mendapati keluarga tersebut berada dalam
keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita
selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti
demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya
petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat
sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri
petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah
yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang
rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk
melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus
selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut.
Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus
dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak
langsung dapat mengelakkan keluarga petani
dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.
Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang
banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati
ramai pekerjanya diserang selsema kerana
sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika
mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan
semangkuk bawang merah yang telah dikupas di
beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2
beliau tidak lagi diserang selsema.
Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia
menemukan artikel yang mengatakan untuk
memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian
dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya.
Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan
tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati
bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan
tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi
sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya
menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin
bertambah baik.
Bawang merah dan bawang putih mempunyai
kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat
menguntungkan manusia. Bawang merah boleh
menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan
cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika
dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana
ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga
boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2,
sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan
sebagainya.
Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak
boleh memakan bawang merah kerana perut anjing
tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat,
adalah berbahaya untuk mengiris
bawang merah dan
menggunakannya untuk memasak pada hari
berikutnya.
Nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan
pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi
pengetahuan ini supaya bertambah berkat dari Allah
s.w.t.

Thursday, December 10, 2015

Penyakit kerosakan buah pinggang

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain-lain lagi. Namun sekarang ini penyakit kidney failure boleh dimasukkan dalam senarai ini. Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba-lumbalah syarikat pengeluar mesin dialysis dan segala barangan disposable dialysis yang berkaitan untuk datang 'melabur' di Malaysia sebab pulangannya amat lumayan.
Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' untuk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.
Persoalan di sini.....
Kenapa org Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' untuk dapat sakit buah pinggang?
Saya telah berkecimpung dalam bidang dialysis ini  hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan untuk persoalan ini dan akhirnya saya rasa saya telah menemui jawapan untuk persoalan ini.
Jawapannya ialah PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.
Ya.....amalan pemakanan kita terlalu membebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu banyak sumber 'animal protein'.
Setiap hari kita makan 3 kali sehari dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.
Akibat daripada tiga hidangan 'animal protein' setiap hari ini menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun-tahun dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu....."buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".
Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan sebegini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat pembuat mesin dan segala peralatan dialysis.
Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara untuk elak jadi 'bahan pulangan untuk pelaburan syarikat asing ini' iaitu
1. kawal kadar gula dalam darah.
2. kawal pengambilan protein  
    haiwan.
Cakap memang senang.....tapi bagaimana caranya.....
Secara ringkasnya:-
Kawal paras gula dengan:
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA.
Kurangkan beban kidney dengan:
1.  BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.
2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.
Amalkan cara Nabi Muhammad minum air di waktu pagi.
3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sbg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE. Beberapa pesakit saya berjaya kurangkan paras CREATININE mereka yg hampir 500 micromol kpd 150 micromol dgn hanya berbekam.
Untuk maklumat dan penerangan lanjut bagaimana utk kawal paras gula dan bagaimana utk elak diri dari jadi pesakit dialysis, whatsapp saya di 0123921976 
(Dr Amin).
Wassalam.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina
Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share msg ini mgkn ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut.Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Msia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan sykt asing'.

Cara untuk mengukur hati kita

Cara untuk mengukur hati kita sendiri sebenarnya sangat mudah, sama ada hati kita masih baik atau perlu pembaikan ialah:
1. Bila melakukan sesuatu dosa, seorang mukmin yang baik pasti rasa berdebar!
2. Bila tidak beramal rasa serba salah.
3. Bila dengar azan rasa terpanggil.
4. Bila melihat kemungkaran rasa tak selesa.
5. Bila melihat jenazah rasa terasa...
KESIMPULAN :
Kalau tak terasa juga... sama ada hati anda telah mati kerana banyaknya dosa yang telah menutupinya atau anda telah menjadi jenazah...
#BahagianDakwahJakim
#Jomjadibaiksebarkankebaikan

Amalan baik

Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
الرمان
delima
الروب
yogurt
الثوم
bawang putih
البصل
bawang besar
الشاي الأخضر
teh hijau
الشوفان
oat
القرع
labu
البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit :
1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق
empat perkara menjauhkan rezeki :
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas
** Kalau anda kagum dengan kalimah kalimah ini , jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu dan orang yang anda kasihi.

Wednesday, December 9, 2015

Debt in Islam

Islam takes the matter of debt very seriously and warns against it and urges the Muslim to avoid it as much as possible.
It was narrated from ‘Aa’ishah (may Allaah be pleased with her) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) used to say in his prayer: “Allaahumma inni a’oodhi bika min al-ma’tham wa’l-maghram (O Allaah, I seek refuge with You from sin and heavy debt).” Someone said to him: “How often you seek refuge from heavy debt!” He said: “When a man gets into debt, he speak and tells lies, and he makes a promise and breaks it.” Narrated by al-Bukhaari (832) and Muslim (589).

Ketika Kita Mengeluh...


MENGELUH.  - Sedikit tazkirah untuk perkongsian:

 .. Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
 ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

.. Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
 “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

 .. Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab :
 ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
 “ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

.. Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia.
" ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

.. Ketika kita mengeluh: “ takde sorang pun yang nak tolong aku." ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
 (Al Ghafir : 60)

.. Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)

Jangan banyak mengeluh. .. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal.
Semoga menjadi insan yang bertakwa.
Hadapi dengan tenang.
Semoga berjaya...

Terdapat dua  jenis manusia :
 1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan.
2. Bila dia baca sesuatu yang bermanfaat dia sebarkan

Monday, December 7, 2015

Death is so near....

Credit utk penulis ..... Tak tau siapa..sgt tersentuh..
Assalamualaikum....
Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang i ni. Cemburu orang itu dengan orang ini.
Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.
Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.
Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.
Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.
Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.
Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.
Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.
Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.
Bleh share kat grup anak2 murid.ank2 muda,org2 tua. anak2 sedara,kawan2 kerja.. dll
☝InsyaAllah..
Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..
Moga bermanfaat..
Malaikat maut tgk kita satu hari 70 kali..

Antara Doa Rasulullah

--- --- Sent by WhatsApp

Thursday, December 3, 2015

Home Made Pizza

Recipe pizza crust
1.75 cup flour
1 teaspoon salt
Half teaspoon sugar
2/3 cup warm water
Half pack yeast
Mix all to make a dough.