APA ITU `BERKAT'
Perkataan BERKAT kata alim ulamak tidak dapat di terjemaahkan oleh semua bahasa kecuali bahasa arab. Di dalam kamus pun tidak ada diterjemaahkan.
Menurut alim ulamak maksud BERKAT ini bilamana berlaku penambah baikan ke atas sesuatu perkara.
Dalam kitab karangan Sheikh Maulana Zakaria rah di ceritakan pada satu masa di zaman Abbasiyiah ada seorang yang amat kaya dan mempunyai 2 orang anak lelaki.
Bila saat orang kaya itu sakit dan telah uzur maka dia telah memanggil kedua2 anaknya dan meminta mereka menjaga dirinya yang telah uzur.
Anaknya yang sulung telah memberitahu ayahnya bahawa dia tak mahu menjaga ayahnya yang uzur itu tetapi nak semua harta ayahnya.
Anaknya yang ke dua pula memberitahu ayahnya biar saya yang menjaga ayah dan saya satu sen pun tak nak harta ayah.
Maka anak yang sulung pulang dan anak yang kedua telah khidmat dan menjaga ayahnya sehingga ayahnya meninggal dunia.
Selepas kematian ayah mereka, anak yang sulung telah mengambil seluruh harta ayah mereka dan anak yang ke dua tidak mengambil apa2 pun harta ayahnya.
Di sebabkan keikhlasan dia menjaga ayahnya Allah swt telah mencampakkan keberkatan di dalam kehidupan dia walaupun di saat kehidupan mereka dalam kemiskinan.
Pada satu malam dia telah bermimpi satu orang berjubah putih telah datang berjumpa dia dalam mimpi.
Orang berjubah putih itu telah mengarahkan dia pergi kesekian tempat dan terdapat 1000 dinar asyrafi di situ dan ambil lah.
Maka dia telah bertanya kepada orang berjubah putih itu ada berkat tak wang itu. Di jawab oleh orang berjubah putih itu tiada berkat.
Maka dia kata kalau tiada berkat aku tidak akan mengambilnya.
Pada kesokan hari nya dia terlah menceritakan peristiwa mimpinya kepada isterinya. Maka insterinya mendesaknya untuk pergi mengambil wang itu mungkin nanti kehidupan keluarga meraka akan berubah dan senang.
Sekarang kehidupan mereka miskin dan susah. Dan suaminya bagitau isterinya buat apa dia nak ambil sebab tiada keberkatan.
Pada malam ke dua pun mimpi yang sama dia alami dan telah menceritakan mimpi nya kpeada isterinya.
Maka isterinya turut mendesak supaya si suaminya mengambil wang itu untuk keperluan keluarga mereka yang susah dan miskin.
Pada malam ke tiga orang itu mimpi berjumpa orang berjubah yang sama dan mengarahkan pergi ke kesian tempat dan terdapat 1 dinar asyrafi dan ambil lah.
Maka di tanya oleh pemuda tadi ada berkat tak wang 1 dinar asyrafi itu, maka di jawab oleh orang berjubah putih ada.
Selepas tersedar dari mimpinya dia terus ke tempat yang di bagitau tanpa menceritakan mimipinya kepada isterinya dan mengambil wang 1 dinar asyrafi itu.
Dia langsung ke pasar dan membeli 2 ekor ikan dan di bawa pulang ke rumah dan diberikan kepada isterinya untuk di masak.
Semasa isterinya membelah perut ikan itu terdapat sebiji mutiara yang amat berharga ada di dalam perut ikan itu.
Begitu jugak ikan yang ke dua di belah perutnya terdapat sebiji mutiara yang amat berharga.
2 biji mutiara itu di bawa kepasar oleh pemuda itu untuk di jual. Pada saat dia meletakkan 2 biji mutiara dia atas meja untuk di jual, khalifah pada masa itu Malik bin Marwan sedang melawat pasar dan apabila khalifah terlihat 2 biji mutiara itu langsung di belinya nya dengan tukaran 70 000 ekor unta yang penuh dengan muatan.
Itu lah KEBERKATAN.....Allah hu akbar
🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺
No comments:
Post a Comment