Thursday, June 16, 2016

Dari Dr Zakir Naik

Dari Dr Zakir Naik.
...... Tolong baca sampai habis..
Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.
Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala yg kita mahukan...
Kenapa kita rasa mengantuk apabila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain.
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.
Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..
Allah tiada hphone tapi DIA lagi favourite contact saya...
Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, dan tetap akan saya ikut selamanya..
Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung dengan-Nya...
* Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa drpd jasad org yg mati.. Itu satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut drpd jasad masih ada lagi.
Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita drpd sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita drpd Azab. Aamiin..
..Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
..Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).
..Tiada ajaran secantik Islam.
..Tiada lagu sesedap Azan.
..Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
..Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
..Tiada sembahyang sesempurna SOLAT(Namaz).
..Tiada diet sesempurna PUASA.
..Tiada pengembaraan sesempurna HAJI
....Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna.
Ini perkara biasa kita buat, sebahagian drpd kita bercakap masa tgh Azan...
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati...
BACA DOA INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK..
Allahumma- inni-ala- zhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Doa yg hebat telah dihantar kepada anda. Apa yg anda fikir nak buat dgn Doa ini. Bayangkan kalau 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
Subhanallah!!!
..Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila PHONE BERBUNYI❗

..Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota❗
♣ Takut ALLAH, seperti anda takut MATI❗
♠ Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda❗
♦Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT❗
.."FAJR" 4/6 Minit❗
.."ZUHUR" 6/8 Minit❗
.."ASAR" 6/8 Minit❗
.."MAGHRIB" 5/7 Minit❗
.."ISYAK " 7/10 Minit❗
..Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam❓ ..
♥ Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH ❓
⚠ 80% orang takkan forward mesej ni

Mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting?

Mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting ?
Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al Qur'an baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit.
Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston.
Jadi mengapa di dalam Islam ketika  mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?
Berikut penjelasannya :
✅Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama,
dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh.
Maka sel2 yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya hanya dengan suara.
Maka muncullah terapi suara yang ditemukan oleh Dr Alfred Tomatis dari Perancis.
Sementara itu Dr. Al Qadhi  juga menemukan bahwa membaca Al Qur'an dengan bersuara memberikan pengaruh yg luar biasa terhadap sel2 otak untuk mengembalikan keseimbangannya.
✅Seterusnya kajian ini membuktikan sel cancer dapat dihancurkan dengan menggunakan frekuensi suara saja. Ini terbukti dengan hanya membaca Al Qur'an akan memberikan impak yang hebat dlam proses penyembuhan penyakit cancer
✅Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al Qur'an dan disaat yang sama , sel2 sehat menjadi aktif dengan mengembalikan keseimbangan yang terganggu tadi.
(QS Al Isra' : 82.)
Dan yang lebih menguatkan supaya diri sendiri yang membaca bagi penyembuhan diri adalah kerana :
SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL2 TUBUH
ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI !
QS 7  : 55, QS 17: 10
Mengapa solat berjamaah lebih di anjurkan ?
Ini kerana ada doa yg dilantunkan dengan keras sehingga terdengar oleh telinga dan ini akan memgembalikan sistem yang rosak.
Mengapa Islam tidak menganjurkan mendengar lagu hingar bingar ? Ini kerana telah dibuktikan bahwa getaran suara boleh MENJADIKAN TUBUH TIDAK SEIMBANG
Maka kesimpulannya :
1. Kurangkan mendengar muzik hingar bingar, dan gantikan dgn murotal yang terbukti memberikan efek penyembuhan
2. Maka bacalah Al Qur'an , kerana efek suara kita sendirilah yang paling hebat dalam penyembuhan.
Selamat mengaji.☝✔

Saturday, June 11, 2016

Rebut Peluang Keemasan

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI!
 Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.
Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, Hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.
 Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.
Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.
Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.
Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.
 Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam di tengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur.
Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.
Saya telah mengirimkan Nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.
-Selamat Beramal-

APA ITU `BERKAT'

APA ITU `BERKAT'
Perkataan BERKAT kata alim ulamak tidak dapat di terjemaahkan oleh semua bahasa kecuali bahasa arab. Di dalam kamus pun tidak ada diterjemaahkan.
Menurut alim ulamak maksud BERKAT ini bilamana berlaku penambah baikan ke atas sesuatu perkara.
Dalam kitab karangan Sheikh Maulana Zakaria rah di ceritakan pada satu masa di zaman Abbasiyiah ada seorang yang amat kaya dan mempunyai 2 orang anak lelaki.
Bila saat orang kaya itu sakit dan telah uzur maka dia telah memanggil kedua2 anaknya dan meminta mereka menjaga dirinya yang telah uzur.
Anaknya yang sulung telah memberitahu ayahnya bahawa dia tak mahu menjaga ayahnya yang uzur itu tetapi nak semua harta ayahnya.
Anaknya yang ke dua pula memberitahu ayahnya biar saya yang menjaga ayah dan saya satu sen pun tak nak harta ayah.
Maka anak yang sulung pulang dan anak yang  kedua telah khidmat dan menjaga ayahnya sehingga ayahnya meninggal dunia.
Selepas kematian ayah mereka, anak yang sulung telah mengambil seluruh harta ayah mereka dan anak yang ke dua tidak mengambil apa2 pun harta ayahnya.
Di sebabkan keikhlasan dia menjaga ayahnya Allah swt telah mencampakkan keberkatan di dalam kehidupan dia walaupun di saat kehidupan mereka dalam kemiskinan.
Pada satu malam dia telah bermimpi satu orang berjubah putih telah datang berjumpa dia dalam mimpi.
Orang berjubah putih itu telah mengarahkan dia pergi kesekian tempat dan terdapat 1000 dinar asyrafi di situ dan ambil lah.
Maka dia telah bertanya kepada orang berjubah putih itu ada berkat tak wang itu. Di jawab oleh orang berjubah putih itu tiada berkat.
Maka dia kata kalau tiada berkat aku tidak akan mengambilnya. 
Pada kesokan hari nya dia terlah menceritakan peristiwa mimpinya kepada isterinya. Maka insterinya mendesaknya untuk pergi mengambil wang itu mungkin nanti kehidupan keluarga meraka akan berubah dan senang.
Sekarang kehidupan mereka miskin dan susah. Dan suaminya bagitau isterinya buat apa dia nak ambil sebab tiada keberkatan.
Pada malam ke dua pun mimpi yang sama dia alami dan telah menceritakan mimpi nya kpeada isterinya.
Maka isterinya turut mendesak supaya si suaminya mengambil wang itu untuk keperluan keluarga mereka yang susah dan miskin.
Pada malam ke tiga orang itu mimpi berjumpa orang berjubah yang sama dan mengarahkan pergi ke kesian tempat dan terdapat 1 dinar asyrafi dan ambil lah.
Maka di tanya oleh pemuda tadi ada berkat tak wang 1 dinar asyrafi itu, maka di jawab oleh orang berjubah putih ada.
Selepas tersedar dari mimpinya dia terus ke tempat yang di bagitau tanpa menceritakan mimipinya kepada isterinya dan mengambil wang 1 dinar asyrafi itu.
Dia langsung ke pasar dan membeli 2 ekor ikan dan di bawa pulang ke rumah dan diberikan kepada isterinya untuk di masak.
Semasa isterinya membelah perut ikan itu terdapat sebiji mutiara yang amat berharga ada di dalam perut ikan itu.
Begitu jugak ikan yang ke dua di belah perutnya terdapat sebiji mutiara yang amat berharga.
2 biji mutiara itu di bawa kepasar oleh pemuda itu untuk di jual. Pada saat dia meletakkan 2 biji mutiara dia atas meja untuk di jual, khalifah pada masa itu Malik bin Marwan sedang melawat pasar dan apabila khalifah terlihat 2 biji mutiara itu langsung di belinya nya dengan tukaran 70 000 ekor unta yang penuh dengan muatan.
Itu lah KEBERKATAN.....Allah hu akbar
🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺

Friday, June 10, 2016

Puasa itu adalah perisai


Daripada Abu Hurairah RA katanya:
"Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10  yang seumpamanya"  (Diriwayatkan Bukhari)

Sunday, June 5, 2016

MERAWAT DIABETES DENGAN PERUBATAN NABI

[04/06 5:26 am] Fadhil Canberra: I think this posting is valid.
Dr Noramin ni owns a few dialysis centers. Kawan pernah sembang dengan dia over the phone. Dia mamak Penang.
Dia ade wassap grup Hidup tanpa dialysis. Ramai members nye. Mainly member nye pesakit kidney n diabetes.
[04/06 5:26 am] Fadhil Canberra: MERAWAT DIABETES DENGAN PERUBATAN NABI
Benarkah DIABETES atau kencing manis tiada penawar ? Atau penawarnya masih belum ditemui ?
Atau mungkinkah penawarnya sengaja disembunyikan supaya syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa boleh terus-menerus meraih untung berbilion-bilion dolar kerana pesakit DIABETES perlu makan ubat sepanjang hayat ?
Sekiranya anda disahkan mengidap penyakit kencing manis, jawapan berikut mungkin akan dijawab oleh para doktor sekiranya anda bertanya tentang penawar DIABETES, “Pakcik, kencing manis tak boleh sembuh, cuma boleh DIKAWAL saja dengan makan ubat sepanjang hayat. Kalau Pakcik makan ubat, terkawal lah gula pakcik, kalau berhenti ubat, gula akan naik. Kencing manis tak ada penawar”.
Ini bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW berikut ;
“Allah SWT tidak akan turunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga PENAWAR untuk penyakit tersebut “ (HR Imam Bukhari)
Perubatan Nabi berasaskan HERBA DAN BEKAM telah diamalkan sejak zaman Nabi kira-kira 1400 tahun dulu sehinggalah cuma kira-kira 150 tahun yg lepas Perubatan Barat yg berasaskan bahan kimia yg penuh dengan kesan samping (side effect) diperkenalkan oleh Barat.
Malangnya umat Islam sekarang telah lupa kepada Perubatan Nabi ini dan terlalu mengagungkan Perubatan Barat yg nyata tidak menyembuhkan malah membawa kepada kesan samping lain.
Perubatan Nabi untuk Merawat DIABETES atau kencing manis ini saya ambil dari buku ‘Tibben Nabawi’ karya Imam Ibn Qayyim merangkumi modifikasi diet harian, pengambilan beberapa herba dan bekam pada titik-titik tertentu di badan.
DIET
1. Sarapan pagi dengan bubur Talbinah (diperbuat dengan tepung Barli). Sila rujuk photo yg saya lampirkan untuk cara-cara membuat bubur barli ini.
2. Minum satu sudu kecil minyak HABBATUS SAUDA dicampur dengan satu sudu kecil MADU setiap pagi sebelum sarapan dalam keadaan perut kosong.
3. BERHENTI semua minuman spt Teh, Kopi, Milo dan sbgnya dan HANYA minum air rebusan biji barli yang dimaniskan dengan GULA KABUNG atau ‘COCONUT PALM SUGAR’. Berhenti ambil GULA PUTIH sepenuhnya !!
4. Makan tghari dengan nasi BERAS PERANG berlaukkan sayuran sahaja yang dimasak kari dengan MINYAK ZAITUN. Berhenti ambil BERAS PUTIH dan berhenti semua sumber protein haiwan spt AYAM, DAGING, IKAN, TELUR dan lain selama 3 bulan.
5. Makan malam dengan roti yang diperbuat dengan tepung barli dimakan bersama sayuran masak kari yg dimasak dengan minyak zaitun. Berhenti makan roti putih atau roti dari tepung gandum.
HERBA
Kombinasi 15 jenis herba dicadangkan oleh Ibn Qayyim dalam buku beliau yang mampu membaiki organ pancreas yang rosak dan gagal hasilkan INSULIN sekaligus mengembalikan paras gula ke tahap normal. Setiap satu drpd 15 herba ini (rujuk FB.com/MySweetSunnah untuk nama-nama herba ini) diambil 100 gram dan dikisar kesemuanya. Cara pengambilan adalah satu sudu kecil DUA kali sehari (selepas sarapan dan selepas makan malam), jika bacaan gula bawah drpd 12 mmol/L. Jika bacaan gula lebih drpd 12 mmol/L, perlu diambil TIGA kali sehari (selepas sarapan, selepas mkn tghari, dan selepas mkn malam). Tempoh pengambilan herba ini adalah selama 3 BULAN. Herba-herba ini boleh didapati di kebanyakkan kedai herba di Malaysia. Sekiranya anda menghadapi kesukaran utk dapatkan herba ini, anda boleh juga membuat pesanan terus daripadaMy Sweet Sunnah Trading.
BEKAM
Ramai beranggapan pengidap kencing manis tidak disyorkan bekam kerana takut luka lambat sembuh, tetapi anggapan itu adalah SALAH. Banyak kajian dari doktor-doktor muslim di India, Pakisan dan Arab Saudi merumuskan bekam di titik ekor organ pancreas di belakang badan SANGAT BERKESAN untuk membaiki semula organ pancreas yg rosak dan mampu berfungsi semula utk hasilkan insulin. Saya sangat galakkan pengidap kencing manis utk berbekam kerana hasilnya menakjubkan. Pastikan paras gula di bawah 15 mmol/L pada hari bekam dilakukan dan sapukan antiseptik sebelum tirisan bekam dan taburkan serbuk inai selepas bekam untuk elakkan jangkitan kuman pada uka kulit bekam. Kekerapan bekam ialah setiap bulan selama 3 bulan dan pastikan 100ml hingga 200ml darah dikeluarkan setiap kali sesi bekam.
SEKIRANYA anda disiplinkan diri anda dan ikut cara pemakanan, herba dan bekam yg saya cadangkan ini In Sya Allah dalam masa 3 BULAN, kencing manis anda akan sembuh. Perbanyakkan doa dan solat tahajjud serta amalkan ayat shifa selalu. Kencing manis atau Diabetes pasti akan sembuh sekiranya anda betul-betul istiqamah dan anggap ini sebagai satu jihad utk melawan penyakit.
Jika saudara/i ada persoalan lanjut, boleh hubungi saya atau jumpa saya di alamat seperti di kad nama saya.
Wassalam
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
MD (UKM)
Pengarah
Kumpulan Pusat Dialysis Ibnu Sina
Facebook.com/MySweetsunnah
http://drnoorulaminkidney.blogspot.my
www.MySweetSunnah.com

Direct MP3 Qur'an Per Juz dari Syeikh Mishary Rasyid al-Afasy

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah berikut kami kirimkan Voice Direct MP3 Qur'an Per Juz... dari Syeikh Mishary Rasyid al-Afasy.
Silakan download dan  dengarkan .
Juz 1 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw4
Juz 2 ⇨ http://bit.ly/1RqIGMm
Juz 3 ⇨ http://bit.ly/1J0Ctol
Juz 4 ⇨ http://bit.ly/1J0Cton
Juz 5 ⇨ http://bit.ly/1RqIIE5
Juz 6 ⇨ http://bit.ly/1RqIGvZ
Juz 7 ⇨ http://bit.ly/1RqIGvY
Juz 8 ⇨ http://bit.ly/1RqIInF
Juz 9 ⇨ http://bit.ly/1J0CuIZ
Juz 10 ⇨ http://bit.ly/1J0Ct85
Juz 11 ⇨ http://bit.ly/1J0CuJ1
Juz 12 ⇨ http://bit.ly/1RqIIDZ
Juz 13 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw1
Juz 14 ⇨ http://bit.ly/1RqIInB
Juz 15 ⇨ http://bit.ly/1J0Ctor
Juz 16 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw7
Juz 17 ⇨ http://bit.ly/1RqIInz
Juz 18 ⇨ http://bit.ly/1J0CuIW
Juz 19 ⇨ http://bit.ly/1J0Ct86
Juz 20 ⇨ http://bit.ly/1RqIGw6
Juz 21 ⇨ http://bit.ly/1RqIIE0
Juz 22 ⇨ http://bit.ly/1RqIInD
Juz 23 ⇨ http://bit.ly/1RqIInJ
Juz 24 ⇨ http://bit.ly/1RqIIE3
Juz 25 ⇨ http://bit.ly/1J0Ctop
Juz 26 ⇨ http://bit.ly/1J0CuIV
Juz 27 ⇨ http://bit.ly/1RqIGMo
Juz 28 ⇨ http://bit.ly/1J0CuJ0
Juz 29 ⇨ http://bit.ly/1RqIGMp
Juz 30 ⇨ http://bit.ly/1RqIInH
Semoga bermanfaat utk kita semua.
▶ Down load
📟 Dengarkan
📩 Share kpd yang lainya
🌈 Raih pahala berlimpah ..Insya Allah .

Tips minum 8 gelas air di bulan puasa

Tips minum 8 gelas air di bulan puasa

Petua dalam islam bagi mengurangkan dahaga pada bulan ramadhan

Petua dalam islam bagi mengurangkan dahaga pada bulan ramadhan .
Setiap kali lepas bersahur , ambil segelas air kosong . Minum seteguk dan berhenti , kemudian dibacakan Surah Al-Kautsar dan menyambung kembali meminum air tersebut sebanyak 3 teguk . Selepas itu jangan makan atau minum apa-apa lagi .
Dengan izin Allah dan berkat Surah Al-Kautsar , Allah akan mengurangkan dahaga kita sepanjang bulan ramadhan pada tahun ini .