Monday, May 23, 2016

Sedikit Berkenaan Al FATIHAH

*Sedikit Berkenaan Al FATIHAH*
Seringkali dibaca untuk arwah.
Al fatihah..
Tanpa membacanya solat kita tidak sah.
Al fatihah..
Menjadi petunjuk bagi yang buntu dan resah.
Al fatihah..
Jika merindui seseorang, maka bacalah.
Al fatihah..
Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
Al fatihah..
Salah satu surah penawar sihir, sabda Rasulullah saw.
Al fatihah..
Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
Al fatihah..
Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
Al fatihah
Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
Al fatihah..
Bersama amalkan, tiada resah walaupun dalam keadaan susah.
***********************
Setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak² mereka dengan baik, saya akan cuba mencungkil rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin *kongsikan rahsia* seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar sebarang kebaikan.
Tidak payah wang ringgit, tiada pembelian seperti makanan/minuman, tak payah modal seperti bengkel motivasi, tuisyen dsbnya.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. *Setiap kali lepas solat,* dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. *Selesai solat,* itulah ikhtiarnya. Sedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak² permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang² kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
*Mulai sekarang,* ketika ini, jom kita cuba buat perkara² mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..
*Jom sama² kita beramal* secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah, dan kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak² permata hati kita.
Tak lupa hadiahkan utk diri sdiri juga.. Aamiin....
WAKTU MAGHRIB TUTUPLAH PINTU
Semasa azan maghrib berkumandang,syaitan bertempiaran masuk ke rumah yang pintu/tingkap masih terbuka.Seram,kan kalau kita membenarkan syaitan 'menumpang'. Lagipun masa senja ni umpama siang untuk syaitan.Aktif mencari 'makanan','tempat tinggal' & mangsa untuk dirasuk/diperdaya.
Ingatlah, menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Bila seseorang masuk ke dalam rumahnya lalu menyebut nama Allah pada waktu dia masuk & pada waktu dia akan makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya : "Tidak ada tempat untuk bermalam & tidak ada makan malam untuk kamu." Akan tetapi jika seseorang masuk ke dalam rumahnya tanpa menyebut nama Allah,maka syaitan berkata "Ada tempat bermalam untuk kamu semuanya." Bila dia tidak menyebut nama Allah pada waktu makan,maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya "Ada tempat untuk kamu semuanya bermalam & makan malam ." [HR. Muslim]
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah.
Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)

No comments:

Post a Comment