Thursday, October 27, 2016

ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA

"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"
Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah disaat solat.. seakan-akan ingin cepat menyelesaikan shalatnya.
Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.
Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:
"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."
■ Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.
■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."
■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."
■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".
Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."
■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.
Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”
■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”
Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)
■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.
Rasakanlah jawapan indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita.
■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Sahabat, jika post ini bermanfaat sila dikongsikan, sampaikan walau satu ayat
Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam; "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

Saturday, October 15, 2016

SIAPAKAH KITA DI PAGI HARI?

SIAPAKAH KITA DI PAGI HARI?
Diam sejenak dan renungi diri.
Ulama berkata : “Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan (suka) marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah swt”
Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita… (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa)
Contohnya:
Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil, Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami atau isteri atau anak-anak sampai terjadinya leteran dan marah-marah.
Marah-marah (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.
Pagi-pagi lagi dah ‘bad mood’ dan suka marah-marah pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.
Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.
Bahaya ni… Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya.
Sebab apa?
Sebab apa yang kita cakap itu hanya pembohongan diri dan hakikatnya hati kita tidak berpuashati dengan Allah swt….
Tahukah kita?
Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah swt kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dari Allah swt. Allah Maha Mengetahui.
Renungi diri….
Kita akan tahu siapa kita bila selalu cermin-cermin diri kita pada setiap pagi. Cermin diri kita, perbaikilah hubungan kita dengan Allah swt dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur… Redha dan terima apa saja ketetapan Allah swt kepada kita dengan hati terbuka.
Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.
Selalu ucapkan dan zikirkan ‘Astaghfirullah hal azim’ dan ‘La hawla wala Quwwata illa billaah’ selalu bagi mengubati, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah swt.
JANGAN ‘BAD MOOD’…..
JANGAN SUKA MARAH-MARAH DI PAGI HARI….
TENANGKAN JIWA...

Masuk Syurga Percuma Aje Nak Masuk Neraka Kena Bayar

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "
Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"
Jawab bapanya,
. Bukankah nak berjudi kena bayar?
. Bukankah nak minum arak kena bayar?
. Bukankah masuk pub kena bayar?
. Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?
Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma.  Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.
. Jika nak solat, kita tak perlu bayar
. Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
. Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
. Jika berzikir, kita tak perlu bayar
Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.
..................................................
Wahai saudaraku!  Menyebarkan mesej ini juga percuma....  Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda...😊

Gaji yang halal

Pesanan Imam Syafie Berkenaan Pendapatan Yang Berkat
Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak...
Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.
Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.
Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan.
Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.
Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?
Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.
Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya’ir:
Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.
Pengajaran
Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerja buat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.
Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
Harta yang tidak berkat akan mendatangkan pemasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin lemah. Fikiran hanya dunia, dunia dan dunia. Harta, harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam kehidupan dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.
Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji yang besar habis untuk check-up ke hospital dan periksa ke klinik.
Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat.

Tuesday, October 4, 2016

Titik Feng Fu

Salam sejahtera di pagi hari ke2 tahun baru Hijriah 1438.                   Dari FB Puan Yeong Nor Saadah;
Sedikit perkongsian ilmu oleh utk manfaat kita bersama....
Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia, jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.
Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.
Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.
Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah
Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.
Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualiti tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.
Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya....

Pedoman

*☆السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللّٰÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ☆*
*PEDOMAN*
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan:
*لاَ Ø¥ِلهَ Ø¥ِÙ„َّا اللّٰÙ‡ُ ÙˆَØ­ْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙ‡ُ، Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØ­َÙ…ْدُ، ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِÙŠْر*ٌ
seratus kali dalam sehari, maka orang tersebut mendapat pahala sama dengan pahala memerdekakan seratus orang hamba, dicatat baginya seratus kebaikan, dan dihapuskan seratus kejelekannya, dan pada hari itu dia terpelihara dari syaitan sampai petang. Tidak ada orang yang lain yang melebihi pahalanya kecuali orang yang membaca lebih dari itu (seratus), dan sesiapa yang membaca:
*سُبْØ­َانَ اللّٰÙ‡ِ ÙˆَبِØ­َÙ…ْدِÙ‡ِ*
seratus kali dalam sehari maka dosanya dihapus meskipun dosanya sebanyak buih di lautan.”
*(Riwayat Bukhari dan Muslim)*