Sunday, July 31, 2016

ROTI HANGIT

ROTI HANGIT
Seorang anak menceritakan:
Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.
Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.
Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.
Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: "Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."
Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, wahatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.
Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.
Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.
Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.
Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.

Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan Resepi Puding Jagung:
1 cawan tepung kastard 1 cawan jagung manis 3 cawan air ½ cawan gula 1 ½ cawan susu cair 1 sudu besar majerin
Cara-cara masakan Resepi Puding Jagung:
1. First, campurkan bahan tepung kastard, gula, jagung, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pekat diatas api sederhana. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.
2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras).
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.

SOLAT DAN MATA

```Forwarded msg..
Ilmu Ini Saya Dapat Dari Tuan Guru Datuk Dr Harun Din.
*```SOLAT DAN MATA```*
```Jika sakit kepala tu kt bahagian depan, ubatnya ialah tidur.
Kalau kt atas kpala, ubatnya makan atau minum (air kosong).
dan kalau sakit kepala tu kt bhgian belakang kepala, tu tanda kita stress n kena release stress tu baru boleh ok.
Rawatan utk meningkatkan power of our eyes.
Ni penting utk org yg matanya lemah, dan juga org lain.
Otot mata menderita dari hari ke hari, sbb hari2 berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yg function dulu.
So, makin hari mata akan kurang power.
Jadi, utk maintain power mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dlm solat. Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga.
Ni sebab, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita utk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax. Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sbb jarak antara penglihatan kita dan tmpt sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik.
Solat dgn cara yg betul ni lah akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak.
Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan utk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa.
Dan skrg, bukti dari kajian saintis dh ada.
Mmg sgt bagus utk meningkatkan kebolehan mata kita.
Subhana Allah utk hikmah disebalik membuka mata time sujud ni. Benda ni selayaknya dibaca dan dikongsi pd semua org.

Thursday, July 7, 2016

PANDUAN SUNNAH BAGI MENJAWAB KIRIM SALAM OLEH ORANG YANG MENGIRIMKAN SALAM DAN ORANG YG DIAMANAHKAN UNTUK MENYAMPAIKAN SALAM

~ PANDUAN SUNNAH BAGI MENJAWAB KIRIM SALAM OLEH ORANG YANG MENGIRIMKAN SALAM DAN ORANG YG DIAMANAHKAN UNTUK MENYAMPAIKAN SALAM.
Hakikatnya tanpa bersandar kpd ilmu kebanyakkan muslim dan muslimah menjawab kiriman salam dengan "waalaikumussalam"... Sebenarnya cara menjawab dgn sedemikian itu tidak menyampaikan maksud oleh sipengirim.
Izharnya, jelas di dalam hadis Nabi s.a.w, Nabi mengajarkan apabila ada orang kirim salam pada kita maka kita hendaklah menjawab "wa'alaika wa'alaihissalam" kerana maknahu(maksudnya) "dan juga kepada kamu dan juga kepada dia selamat sejahtera"...
Sekiranya kita menjawab ''waalaikumussalam" yang maknahu(maksudnya) "salam sejahtera kepada kamu''...seolah-olah kita menjawab salam orang yang sampaikan salam kepada kita...padahal orang lain yg minta tolong sampaikan salamnya kepada kita...
Di bawah ini adalah cara yang betul yg  bersesuaian dengan sunnah untuk menjawab salam oleh orang yang mengirim:-
MAKA JIKA DIBERITAKAN ADA ORANG KIRIM SALAM KEPADA KITA DAN JIKA....
☆ Pengirim salam itu seorang lelaki, penyampai seorang lelaki
》"wa'alaika wa'laihissalam''
☆ Pengirim salam seorang lelaki,  penyampai seorang wanita
》''wa'alaiki wa'laihissalam''
☆ Pengirim salam seorang perempuan, penyampai seorang perempuan
》''wa'alaiki wa'alaihassalam''
☆ Pengirim salam seorang perempuan, penyampai seorang lelaki
》 ''wa'alaika wa'alaihassalam''
KESIMPULANNYA marilah kita perbetulkan cara kita menjawab kiriman salam dan amalkannya kulla yaum(setiap hari)...agar ucapan kita itu berpahala serta mendapat manfaat dari amanah yg dikirim oleh orang yg mengirimkan salam ,semoga kita dapat mengamalkannya dan dipermudahkan oleh Allah...
INSYAA ALLAH.