Friday, July 24, 2015

The Reality

Surah Al-Haaqqa, Verse 1: الْحَاقَّةُ Saat yang tetap berlaku itu - (Melayu) via iQuran

Wednesday, July 15, 2015

Tafsir Surah Al Falaq

Tafsir Surah Al Falaq

99 Nama Allah dan Makna


1–2. Al-Rahmân, Al-Rahîm (Maha Pengasih, Maha Penyayang)
3. Al-Malik (Maharaja)
4. Al-Quddûs (Mahasuci)
5. Al-Salâm (Maha Pemberi Keselamatan)
6. Al-Mu’min (Maha Pemberi Keamanan)
7. Al-Muhaymin (Maha Memelihara)
8. Al-‘Azîz (Mahaperkasa)
9. Al-Jabbâr (Maha Memaksa)
10. Al-Mutakabbir (Maha Pemilik Keagungan)
11. Al-Khâliq (Maha Pencipta)
12. Al-Bârî (Maha Mengadakan)
13. Al-Mushawwir (Maha Pembentuk)
14. Al-Ghaffâr (Maha Pengampun)
15. Al-Qahhâr (Maha Menaklukkan)
16. Al-Wahhâb (Maha Pelimpah Nikmat)
17. Al-Razzâq (Maha Pemberi Rezeki)
18. Al-Fattâh (Maha Membuka)
19. Al-‘Alîm (Maha Mengetahui)
20–1. Al-Qâbidh, Al-Bâsith (Maha Menyempitkan, Maha Melapangkan)
22–3. Al-Khâfidh, Al-Râfi‘ (Maha Merendahkan, Maha Meninggikan)
24–5. Al-Mu‘izz, Al-Mudzill (Maha Memuliakan, Maha Menistakan)
26–7. Al-Samî‘, Al-Bashîr (Maha Mendengar, Maha Melihat)
28–9. Al-Hakam, Al-‘Adl (Maha Menetapkan Hukum, Mahaadil)
30. Al-Lathîf (Mahalembut)
31. Al-Khabîr (Maha Mengetahui Rahasia)
32. Al-Halîm (Maha Penyantun)
33. Al-‘Azhîm (Mahaagung)
34. Al-Ghafûr (Maha Pengampun)
35. Al-Syakûr (Maha Penerima Syukur)
36–7. Al-‘Aliyy, Al-Kabîr (Mahatinggi, Mahabesar)
38. Al-Hafîzh (Maha Memelihara)
39. Al-Muqît (Maha Mencukupi Makanan)
40. Al-Hasîb (Maha Membuat Perhitungan)
41. Al-Jalîl (Mahaagung)
42. Al-Karîm (Mahamulia)
43. Al-Raqîb (Maha Mengawasi)
44. Al-Mujîb (Maha Mengabulkan Permintaan)
45. Al-Wâsi‘ (Mahaluas Pemberian-Nya)
46. Al-Hakîm (Maha Bijaksana)
47. Al-Wadûd (Maha Mengasihi)
48. Al-Majîd (Mahamulia)
49. Al-Bâ‘its (Maha Membangkitkan)
50. Al-Syahîd (Maha Menyaksikan)
51. Al-Haqq (Mahabenar)
52. Al-Wakîl (Maha Memelihara)
53. Al-Qawiyy (Mahakuat)
54. Al-Matîn (Mahakukuh)
55. Al-Waliyy (Maha Melindungi)
56. Al-Hamîd (Maha Terpuji)
57. Al-Muhshî (Maha Penghitung)
58–9 Al-Mubdi’, Al-Mu‘îd (Maha Memulai, Maha Mengembalikan Kehidupan)
60–1. Al-Muhyî, Al-Mumît (Maha Menghidupkan, Maha Mematikan)
62. Al-Hayy (Mahahidup)
63. Al-Qayyûm (Maha Berdiri Sendiri)
64. Al-Wâjid (Maha Menemukan)
65. Al-Mâjid (Mahamulia)
66. Al-Wâhid (Mahatunggal)
67. Al-Ahad (Maha Esa)
68. Al-Shamad (Maha Dibutuhkan)
69–70. Al-Qâdir, Al-Muqtadir (Mahakuasa, Maha Berkuasa)
71–2. Al-Muqaddim, Al-Mu’akhkhir (Maha Mendahulukan, Maha Mengakhirkan)
73–4. Al-Awwal, Al-Âkhir (Mahaawal, Mahaakhir)
75–6. Al-Zhâhir, Al-Bâthin (Mahanyata, Maha Tersembunyi)
77. Al-Wâlî (Maha Memerintah)
78. Al-Muta‘âlî (Mahaluhur)
79. Al-Barr (Mahabaik)
80. Al-Tawwâb (Maha Penerima Tobat)
81. Al-Muntaqim (Maha Pemberi Balasan)
82. Al-‘Afuww (Maha Memaafkan)
83. Al-Ra’ûf (Maha Pengasih)
84. Mâlik al-Mulk (Maha Penguasa Kerajaan)
85. Dzu al-Jalâl wa al-Ikrâm (Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan)
86. Al-Muqsith (Mahaadil)
87. Al-Jâmi‘ (Maha Mengumpulkan)
88. Al-Ghaniyy (Mahakaya)
89. Al-Mughnî (Maha Pemberi Kekayaan)
90. Al-Mâni‘ (Maha Mencegah)
91–2. Al-Dhârr, Al-Nâfi‘ (Maha Pemberi Mudarat, Maha Pemberi Manfaat)
93. Al-Badî‘ (Maha Pencipta)
94. Al-Bâqî (Mahakekal)
95. Al-Nûr (Maha Pemberi Cahaya)
96. Al-Hâdî (Maha Pemberi Petunjuk)
97. Al-Wârits (Maha Mewarisi)
98. Al-Rasyîd (Maha Menunjukkan)
99. Al-Shabûr (Maha Penyabar)

Friday, July 10, 2015

Pahala sedekah

Assalamualaikum.
Dihantar sekali lgi utk peringatan kpd kita semua agar banyk bersedekah terutama pd bln Ramadhan , yg tinggal beberapa hr lg.

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Wednesday, July 8, 2015

Nasihat praktikal utk 10 hr akhir ramadhan

Pg tadi kt radio ikim pun ada cakap.
Syeikh Maher (Imam Masjid Mekah) memberi nasihat praktikal utk 10 hr akhir ramadhan.

1. Sedekah RM1 setiap hari d akhir ramadhan. Sekiranya kena lailatul qadar maka akan dpt pahala sedekah 84 tahun.

2. Solat 2 rokaat setiap hari. Sekiranya itu mlm qadar maka akan dpt pahala spt solat 84 thun

3. Baca surah al ikhlas 3x sehari. Sekira nya jatuh pada malam qadar maka akan dpt pahala membaca seluruh quran setiap hari selama 84 tahun.

Sampaikan nasihat ini dan pahalanya akan masuk kedalam akaun baik anda.

Daripada WA group.

Makna Zikir

Maksud Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim

Kita selalu berzikir dengan menyebut zikir secara berturutan seperti berikut: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan menerangkan huraian maksud zikir tersebut.

1. Subhanallah
Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.

Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.

2. Alhamdulillah
Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya

3. Lailaha Illallah
Maksud Lailaha Illallah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.

4. Allahu Akbar
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan.

Allah berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)

Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.

5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim
Maksud Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada kuasa. Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang munafik, orang jahat dsb. Takutlah hanya kepada Allah SWT. Sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa sahaja langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri anda kecuali diizinkan oleh Allah SWT.

Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim adalah seperti 3 hadis berikut:

Hadis 1
Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda dengan berkata:
"Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."
Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."

Hadis 2
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).

Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.

Hadis 3
Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illallah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Sumber nota:
http://lautan-biru.blogspot.com/2011/09/maksud-subhanallah-alhamdulillah.html?m=1