Saturday, January 30, 2016

Jom Pukul Kepala Iblis

JOM PUKUL KEPALA IBLIS
Ustaz Azhar Idrus Berkata:
Kita relax and bace ni..
Perbualan antara
Rasulullah & iblis...
Rasulullah bertanya :
“Apa yg kau rasakan jika
melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab :
“aku merasa panas dinding dan gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X
kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”
Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah di atas api”
Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
Iblis: ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan
baginya, iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara
dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan
terhalau dr dirinya,
Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?"
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yg bertaubat”
Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam2”
Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”
Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah”
Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
Iblis : “majlis para ulama”
Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu
di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”
Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”
Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”
Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)”
Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dgn cerai”
Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jumaat”
Rasulullah : “siapa manusia yg paling
membahagiakanmu?"
Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja"
*sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.
..Sharing is caring   
“Ingat Nabi berpesan Sebarkan walau sepotong ayatku"

Wednesday, January 13, 2016

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....
SEBARKANN...

Tuesday, January 5, 2016

3BR CozyLiving Homestay @ Putrajaya by AkademiMuslima



3BR CozyLiving Homestay @ Putrajaya


Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Our affordable CozyLiving Homestay is strategically located at Prescint 11 Putrajaya with great amenities surrounding the area. You will enjoy the amazing view of Taman Saujana Hijau, easy access t...
Vacation Apartments for Rent in Putrajaya

Sunday, January 3, 2016

Kebaikan Surah Surah di dalam Al-Quran

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:-۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG"Sebarkan biar umat islam mengetahui...

Saturday, December 19, 2015

#Adab yang hilang

Nak ajar anak-anak hafal Al-Quran pun In sha Allah tidak susah kerana ia ada cara dan strategi, apa yang susah adalah mahu mendidik ADAB. Adab kepada diri sendiri dan ADAB kepada orang lain. Kadang-kadang anda tidak jumpa ADAB walaupun hafal Al-Quran dari depan ke belakang dan dari belakang ke hadapan. Ini maklumbalas dari ustaz yang menguruskan kem tahfiz RichKids SmartKids baru-baru ini.
Pointnya bukanlah suruh jangan hafal Al-Quran. Pointnya adalah Didik dan Hidupkan ADAB dalam kehidupan diri kita dan anak-anak kita.
Bila hati dididik ada adab nescaya Al-Quran akan lebih mudah dihidupkan dalam hati dan hidupnya dengan indah.
Rasulullah saw beradab sejak sebelum menjadi Rasul saw dan kemudian lebih indah dengan menghidupkan Al-Quran.
Apa contoh adab?
1/ Nak makan ajak sekali orang yang lebih tua
2/ Memberi salam dan meminta izin
3/ Mengucapkan terima kasih dan senyum
4/ Menghormati orang lain dan bercakap dengan sopan
5/ Berselisih faham tapi berbincang dengan hormat
Example, anda tidak boleh cakap "Thanks" kepada mak kita! Kita patutnya pergi ke hadapan mak kita, senyum dan pandang wajah dia then katakan "Terima kasih mak!".
Adab bukan berdasarkan siapa Islam atau tidak. Kadang-kadang anda jumpa orang yang bukan Islam tetapi beradab lebih baik dari sesetengah mereka yang namanya Islam. Adakan? Bukan semua tapi ada.
Adab adalah prinsip dan nilai-nilai baik yang dihidupkan dalam hidup. Dan adab bermula dari ibu bapa dan kemudian guru.
Nak faham contoh ada adab atau tidak ada adab?
Contohnya bila saya tulis status ini dan ada yang membaca dan dapati ianya bermanfaat untuk mereka, mereka tidak tahu ucap terima kasih. Sebab itu anak-anak mereka tidak tahu ucap terima kasih kepada mereka walaupun mereka beri banyak manfaat kepada anak-anak mereka. Ini contoh! Contoh!.... 😁
#AdabYangHilang
#AzizanOsman

Friday, December 18, 2015

DIDIK ANAK- perkara kecil yang besar!

DIDIK ANAK- perkara kecil yang besar!
Peranan ibuayah dalam mendidik tidak dapat diambilalih oleh sesiapapun. Hakikatnya didikan adalah tugas harian. Tiap hari didikan berlaku pada anak. Tak kira kita sedar atau tidak.
Dalam banyak keadaan, anak terdidik dari perkara kecil yang kita buat berulang-ulang. Rutin tidur kita adalah didikan buat mereka. Rancangan tv kegemaran kita, menjadi sebahagian hidup mereka. Bahasa yang kita guna menjadi siraman baja atau racun ke dalam jiwa.
Pilihlah untuk beransur-ansur memperbaiki rutin-rutin ini. Mulakan dengan satu. Satu yang istiqamah, yang diulang dan diulang dan diulang. Apabila terlupa, atau tersilap, jangan kecewa. Ulang semula. Tiada masalah untuk tersalah, asal tidak menyerah.
Sebagai contoh, kita boleh mulakan dengan menyebut rasa syukur kita setiap kali hendak makan bersama. "Untung kita dapat makan macam ni kan. Banyak Allah beri rezeki. Nanti dah makan, kita guna tenaga untuk buat baik ya. Tentu Allah suka"
Bunyi macam skema kan? Terus saja, asal Allah suka, lama-lama akan selesa 
Dialog wajar berubah-ubah dengan mesej yang lebih kurang sama. Memang awalnya kita rasa kekok, namun teruskan saja. Selepas beberapa lama, anak kita akan terikut untuk bercakap dengan lenggok bahasa dan mesej yang sama setiap kali berdepan hidangan.
Respon sebegitu mudah diterima jika anak masih di awal usia. Jika anak remaja, mungkin kita tidak akan melihat impak segera. Namun percayalah, jika kita jujur dalam bicara, anak remaja juga mampu menghargainya dan membina pandangan dan pendirian hidupnya dari percakapan harian kita.
Bagaimana jika kita senyum setiap kali anak membuka pintu? Bagaimana jika kita berdoa untuk anak setiap kali dia membantu mengambil barang? Bagaimana jika kita membaca bismillah setiap kali menekan remote tv? Alangkah indah, kerana anak sedang memerhati dan meneladani.
Perkara baik, biarpun kecil, jika diulang-ulang, akan menjadi asas peribadi cemerlang. Fikirkan untuk baiki sesuatu yang kecil. Mulakan sekarang, ulang dan ulang. Buat saya dan ibuayah semua, selamat berjuang!
‪#‎demicintaummi‬