Tuesday, October 4, 2016

Titik Feng Fu

Salam sejahtera di pagi hari ke2 tahun baru Hijriah 1438.                   Dari FB Puan Yeong Nor Saadah;
Sedikit perkongsian ilmu oleh utk manfaat kita bersama....
Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia, jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.
Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.
Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.
Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah
Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.
Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualiti tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.
Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya....

Pedoman

*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆*
*PEDOMAN*
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan:
*لاَ إِلهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر*ٌ
seratus kali dalam sehari, maka orang tersebut mendapat pahala sama dengan pahala memerdekakan seratus orang hamba, dicatat baginya seratus kebaikan, dan dihapuskan seratus kejelekannya, dan pada hari itu dia terpelihara dari syaitan sampai petang. Tidak ada orang yang lain yang melebihi pahalanya kecuali orang yang membaca lebih dari itu (seratus), dan sesiapa yang membaca:
*سُبْحَانَ اللّٰهِ وَبِحَمْدِهِ*
seratus kali dalam sehari maka dosanya dihapus meskipun dosanya sebanyak buih di lautan.”
*(Riwayat Bukhari dan Muslim)*

Saturday, September 24, 2016

Puding Buih

Puding buih
-agar-agar 30g
-gula 5 sudu
-esen vanila 1sudu
-pewarna
Cara2:
Msk agar2 dlm air smpai larut bru masuk esen vanila n gula. Biarkn suam
Bahan kuah
-1 tin susu cair
-3 tin air guna tin susu cair
-gula 1cwn
-esen vanila 1sudu
-3sudu besar tepung kastad
-3 telur kuning
-susu pekat sikit
Cara2:
Msukkn smua bhn ke dlm periuk api slow n sentiasa kacau agk2 cam pekat sikit tutup api.
Tuk telur putih
-mix telur putih smpai bertanduk. Pstu masuk 3biji telur kuning mix lg bg sebati.
-bila agar2 dh suam2 bole masukkn ke dlm putih telur tu sikit2 sambil kacau.. Smpai abis agar2 tu bole mix sekejap nk bagi sebati.
Siapp leh tuang dlm acuan bg sejukk :-)

Monday, September 5, 2016

sambal zaman tori

akhirnya dpt jgk masak sambal zaman tori ni😉.xtau la knp name die cmtu...heee..xtau la kot yg lain ade nama lain kn..☺.resepi ni sy dpt dr kwn sy..mmg sgt sedap..4x tambah nasik..!x sangka plk..1st try jadi sedap sgt...😁rasa die very juicy of lemak die..ikan bilis die and petai die..perghhh..sedappp habaqq ang...😁k kt bwh ni kite share resepi skali..bole la cuba..😉
1st ltk periuk atau kuali kosong ats dpr.tnpa hidupkn api.
masukkn
-petai belah 2(ikut bnyk mane nak)
-ikan bilis(2genggam)
-2biji bwg merah(dimayang)
-3helai daun limau purut
-3/4 inci kunyit hidup(cincang halus)
-2btg serai(diketuk)
-cili padi ditumbuk(ikut pedas mane nak)
-santan(kite gune 1kg)
-kerisik 3/4 sudu (nk lbh sikit pn bole..)hee
-garam sikit je.sbb ikan bilis dh masin.x letak pn xpe.
-dah masukkn semua hidupkn api..kacau..☺smpai masak.
-klau nk kering pn bole..☺mcm sy..sy buat separuh kering..sbb nk ade kuah...☺😉😁

Cara buat kuah kicap char koey teow

Cara buat kuah kicap char koey teow :
- Kicap manis + kicap masin + air (nisbah masin manis 1:1 dan air untuk banyakkan kuah)
Cara buat sambal cili char koew teow
- Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar halus)
Cara sediakan bawang putih
- Bawang putih+air dikisar halus (untuk tumis bagi naik aroma)
3 steps (atas) ni kena sediakan dulu selepas tu baru boleh tenggek kuali atas dapur untuk proses menggoreng. Lagi bagus kalau guna dapur yang boleh ejas api kecik besar.
Cara Memasak char koey teow :
- Panaskan minyak masak (2 sudu besar), tumis bawang putih yang dikisar (1/2 sudu besar) dan cili kering yang dikisar (1 sudu besar)
- Masukkan udang, tauge, kucai, kerang dan kuah kicap (sukatan lebih untuk lebih banyak kuah)
- Besarkan api, dengan pantas pecahkan telur dan gaul rata. (pantas kalau tak nanti rasa hangit pulak !)
Ok dah siap tak sampai 5 minit korang akan dapat rasa macam mana char koew teow penang original rasa ! insyaAllah.
Bahan-bahan ; Koew teow, kicap cair, kicap masin, udang besar, minyak masak,taugeh, kucai , telur ayam dan air. Cili kering + belacan + bawang putih + bawang besar + air (bahan dikisar) Bawang putih + air (bahan dikisar)
Tips menggoreng char kuey teow
Goreng satu satu (Satu gorengan untuk satu pinggan satu orang makan).

Sunday, July 31, 2016

ROTI HANGIT

ROTI HANGIT
Seorang anak menceritakan:
Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.
Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.
Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.
Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: "Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."
Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, wahatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.
Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.
Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.
Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.
Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.

Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan Resepi Puding Jagung:
1 cawan tepung kastard 1 cawan jagung manis 3 cawan air ½ cawan gula 1 ½ cawan susu cair 1 sudu besar majerin
Cara-cara masakan Resepi Puding Jagung:
1. First, campurkan bahan tepung kastard, gula, jagung, susu cair dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dan pekat diatas api sederhana. **pastikan sentiasa kacau untuk elakkan tepung kastard melekat pada periuk.
2. Tambahkan majerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian tutup api dan cepat-cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai sebabnya puding ini cepat sejuk (keras).
4. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk dan keras, siap untuk dihidangkan.